Pages

Apa sebenarnya Unit Trust / Unit Amanah? Berbaloi ke melabur dalam Unit Trust.

17.8.21

 Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog ini,

Ok, minggu ini sebagai permulaan, saya nak cerita secara basic mengenai unit trust. (Selepas ini saya akan refer sebagai UT) Dalam bahasa melayunya dipanggil Unit Amanah. Seperti yang telah saya jelaskan pada artikel saya yang lepas, ramai sebenarnya tak mengenali UT dan cara ianya beroperasi. 

Secara basic sebenarnya UT ini adalah salah satu instrumen pelaburan yang sah disisi undang-undang. Pelaburan disini bermaksud suatu kegiatan menanamkan modal atau wang melalui pembelian instrumen kewangan atau aset baik secara langsung mahupun tidak untuk kegunaan lanjut dengan harapan pemilik modal akan mendapatkan sejumlah keuntungan atau manfaat akan datang setelah sekian lama dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen.

Ya, UT ni hanya untuk menjana keuntungan. Sebenarnya, banyak lagi instrumen pelaburan yang lain selain UT. Antaranya:

  1. Fixed Deposit
  2. Unit Amanah Kerajaan
  3. Simpanan Tabung Haji
  4. Simpanan Emas
  5. Stock Market
  6. Hartanah 
Selain itu, terdapat juga instrumen Simpanan yang boleh menyimpan nilai aset tetapi dalam masa yang sama boleh menjana sedikit keuntungan seperti:
  1. Akaun Bank Simpanan
  2. Akaun Bank Semasa

Apa yang membezakan UT dengan instrumen pelaburan yang lain ye? Untuk jawab soalan ini, kita kene compare instrumen ini dari sudut potensi pulangan dan risiko yang ditanggung. Kebiasaanya lebih tinggi risiko, lebih tinggi nilai pulangan setiap pelaburan. Boleh rujuk diagram yang saya kongsikan diatas mengikut tangga instrumen pelaburan. 

Risiko disini maksudnya berapa kerap pelaburan berkenaan boleh mendatangkan keuntungan apabila kita melabur. Contohnya, dalam 10 kali pelaburan, mungkin hanya 6 potensi yang akan untung, manakala 4 lagi mengalami kerugian. Potensi keuntungan pula bermaksud, setiap kali keuntungan berlaku, berapa tinggi untuk itu boleh dapat berbanding jumlah modal yang kita keluarkan. 

Ok. Kita tinggalkan instrumen yang lain, mari kita cerita mengenai UT. Selalunya orang ramai akan membanding UT samada dengan Stock Market ataupun instrumen simpanan yang parallel dengan UT seperti Buku Biru, Buku Hijau dan Skim Simpanan Persaraan. Stock market jelas berbeza berbanding UT. Cumanya tempat terakhir wang kita dilaburkan sebenarnya di tempat yang agak sama. Boleh refer diagram dibawah untuk lebih pemahaman. 

Proses Stock Market

Proses Unit Trust

Jika lihat kepada diagram diatas, wang modal dari kedua-dua instrumen ini pada akhirnya akan dilaburkan di Stock Market. Namun, ada sebahagian UT, duit berkenaan juga dilaburkan di Saham Bon, dan juga Money Market. Apa yang membezakan ialah proses transaksi. 

Secara asas, syarikat UT akan bertanggungjawab mengumpulkan duit daripada para pelabur. Duit ini akan diuruskan oleh seorang yang pakar dalam bidang pelaburan dipanggil Fund Manager. Fund Manager berperanan melaburkan duit ini dipasaran Stock Market, Sukuk, Bon dan Money Market. 

Fund Manager boleh secara bebas ke melaburkan duit ini? Tidak!! UT menguruskan duit pelabur dengan menggunakan Fund (Dana). Sebelum pelabur meletakkan duit, syarikat UT akan mempromosikan jenis dana kepada pelabur. Jenis-jenis dana ini mempunyai fungsi yang berbeza mengikut portfolio yang pakar pelaburan kira boleh mendatangkan keuntungan. Antara kategori fungsi yang diambil kira adalah seperti dana lokal ataupun global. Ada juga dana yang fokus kepada Asia ataupun spesifik country. Selain ini ianya boleh juga berbeza dari segi target instrumen. Ada fund yang fokus pelaburan di Money Market semata-mata. Ada yang fokus di Stock Market. Ada juga dana yang bercampur-campur didalamnya. Kategori lain yang diambil kira adalah seperti industri yang dilaburkan seperti teknologi, IT, perindustrian pembuatan, servis, perbankan. Akhirnya ada dana yang patuh Syariah dan ada juga yang tidak. Kesimpulan, Fund Manager hanya boleh melaburkan duit pelabur mengikut portfolia setiap dana. Hanya boleh membeli saham syarikat yang mematuhi portfolio yang ditetapkan. 

Oh, sebelum terlupa, jika dibandingkan dengan instrumen pelaburan parallel yang lain seperti Buku Biru (harap fahamlah bila saya kata buku biru ni), Buku Hijau dan Skim Simpanan Persaraan, UT ni sebenarnya sama je. Nak ikutkan semua yang saya nyatakan ini adalah UT! Sebabnya semua instrumen inipun mengumpulkan duit pelabur / penyimpan untuk dilaburkan di pasaran saham. Cumanya dalam konteks berbeza, tak adalah ianya dinamakan UT secara jelas. 

Sekarang dah jelaskan apa itu UT. Namun, tak perlulah kita nak terlampau teknikal dengan cara UT beroperasi. Yang penting kita tahu tujuan kita menyimpan dalam UT. Cuma nak cerita kat sini yang UT ni ada banyak dana. Ini memberikan peluang kepada kita untuk mempelbagaikan instrumen simpanan kita. Malah, kita boleh melabur ke dana di United State hanya dengan melalui UT je. Nanti diwaktu yang lain saya akan ceritakan potensi pulangan pelaburan dalam UT. Disebabkan terlampau banyak jenis fund, potensi pulangan juga amat berbeza-beza mengikut jenis fund. 

Eh, dah cerita panjang-panjang ni, korang tahu tak yang nak buka akaun UT ni PERCUMA sahaja. Malah sekarang dah boleh buat secara online. Kalau ada yang baca ni berminat nak membuka akaun UT, bolehlah hubungi kami ya. 

Dari itu, kita berjumpa lagi di artikel akan datang ya. Terima kasih kerana sudi membaca. Simpan dengan ilmu, Simpan untuk manfaat. 

Mohd Haniff Mohd Izhar
Unit Trust Consultant
Public Mutual






Read more ...

Bagaimana selalunya kita mula mengenali Unit Amanah?

2.8.21

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pembaca laman blog saya sekalian. 

Hari ini saya ingin bercerita sedikit bagaimana seawalnya saya mengenali Unit Amanah yang seterusnya menjadi salah satu kerjaya bagi saya. Sebenarnya tak ramai orang mengenali Unit Amanah secara mendalam mahupun secara surface. Ini kerana Unit Amanah ni tidaklah dibelajar secara asas samada di peringkat persekolahan atau pun diperingkat universiti. Melainkan mungkin jika kita mengambil jurusan kewangan di universiti, mungkin ianya ada disentuh secara basic. Mungkin sahaja. Saya tak pasti.

Jika dibandingkan dengan akaun simpanan di bank, akaun Buku Hijau, akaun Buku Biru, kebiasaannya kita telah mengetahui mengenai instrumen simpanan ini sejak sekolah kerana telah dididik oleh ibubapa yang membantu membuka akaun berkenaan untuk kita. Ibubapa pun mungkin mengetahui mengenai perkara ini hasil promosi pihak kerajaan di media perdana dan mungkin juga kerana requirement sewaktu memasuki sekolah mahupun universiti.

Berbanding pula dengan instrumen pelaburan saham stok market, kebanyakan kita tahu mengenai perkara ini melalui kata-kata usahawan mahupun melalui berita slot perniagaan di televisyen. Cuma akhir-akhir ini dengan perkembangan media sosial, banyak promosi untuk menyertai instrumen pelaburan saham disebarkan di media sosial juga. Cuma perlu ingat, tak semua iklan tu legid dan benar. Ada juga scammer (Ini kita boleh bincang didalam topik yang lain)

Untuk Unit Amanah pula, memang kita tak akan pernah tahu. Melainkan rezki berita mengenainya datang kepada kita. Untuk saya, pengalaman saya pertama kali mendengar Unit Amanah Swasta ialah semasa mula berkerja di Perlis lebih 10 tahun dulu. 

"Saya kenali Unit Amanah buat kali pertamanya semasa tahun pertama saya bekerja"

Pada masa itu, housemate rumah sewa saya boleh kata setiap hari melaung-laungkan keuntungan menyimpan dengan Unit Amanah ini. Katanya dari simpan dekat sinun, baik simpan kat Public Mutual, return lebih 10% setahun, patuh Syariah pula lagi. 

Saya dengar je masa tu. Ialah kita ni baru mula bekerja. Duit pun baru nak kumpul. Namun hati saya terbuka untuk memulakan simpanan apabila lebih kurang tahun ke-2 saya bekerja, ada agen Public Mutual yang datang membuka booth di dalam Kilang tempat saya bekerja. 

Kenangan tak silap masa ni saya submit borang pelaburan client saya di Brand Public Mutual Kluang

Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menyertai ialah kerana kita boleh memulakan simpanan hanya dengan menggunakan duit EPF sahaja dulu. Hanya perlu cek kelayakan, jika cukup syarat, just perlu isi borang. Agen akan uruskan selebihnya. Selain itu, saya juga memulakan simpanan menggunakan cash sebanyak RM2000 hasil simpanan saya bekerja setahun di situ. (Masa ni bujang lagi, komitmen tak banyak, itu yang boleh menyimpan)

"Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menyertai ialah kerana kita boleh memulakan simpanan hanya dengan menggunakan duit EPF sahaja dulu. Hanya perlu cek kelayakan, jika cukup syarat, just perlu isi borang. Agen akan uruskan selebihnya."

Selain itu, pada waktu itu, proses pengeluaran Unit Amanah tidaklah semudah hari ini. Nak jual perlu melalui Agen. Disebabkan susah itulah saya fikir ini tempat paling baik untuk menyimpan supaya tidak terusik. Namun, pada hari ini proses pengeluaran Unit Amanah tidaklah sesenang pengeluaran menggunakan Kad Atm. Masih perlu ke branch atau pun boleh dibuat secara atas talian di laman Public Mutual Online. Itupun duit bukannya dapat on the spot, kene tunggu 5-7 hari juga. So, kira masih terpakailah teori tempat simpanan yang agak sukar untuk dikeluarkan.

Itulah 1st time saya dengar mengenai Unit Amanah. Namun itupun saya tak mendalami ilmu Unit Amanah secara mendalam sehingga tahun 2017 dinama saya telah diapproach oleh agen baru yang telah mempermainkan saya. (Ini pun saya akan cerita di topik yang berasingan) Disebabkan insiden inilah saya bertekat untuk menjadi agen sendiri dan mendalami ilmu Unit Amanah. 

Cuma nak cerita di sini sebenarnya, tak ramai yang tahu pasal Unit Amanah ini. Hanya insan terpilih yang terserempak dan ingin ambil tahu sahaja yang akan mendapat manfaat. Alhamdulillah jika anda menemui blog ini lebih awal samada sewaktu anda masih belajar dan belum dialam pekerjaan lagi. Mulalah mendalami instrumen pelaburan dan simpanan ini sedari awal. Tak rugi pun. 

Namun, pada anda yang hanya baru menemui Unit Amanah ini sewaktu sudah lanjut usia seperti ketika berumur 40 tahun ke atas, jangan risau masih belum terlambat untuk memulakan simpanan hari tua anda. Anda masih berpeluang untuk menggandakan duit anda walaupun hanya berbaki kurang 10 tahun dari tahun pencen. 

Apa yang penting, mula rancang kewangan kita bermula hari ini. Terutamanya perancangan kewangan untuk jangka panjang. InsyaAllah, saya sudi menjadi guidance jika ada yang memerlukan bantuan. 

Dari itu, sekian sahaja coretan saya mengenai Unit Amanah untuk kali ini. Ingat, Simpan dengan ilmu, Simpan untuk manfaat. 

Mohd Haniff Mohd Izhar
Unit Trust Consultant
Public Mutual

Read more ...

Pengeluaran I-Citra Epf Perlu ke?

12.7.21
Tahukah anda bermula 12 Julai 2021 ini, anda boleh mula membuat permohonan untuk pengeluaran duit epf dibawah program i-citra yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Ianya sebahagian daripada inisitaf kerajaan untuk membantu rakyat dibawah Program Pemulihan Ekonomi. 

Bawah program ini, kita boleh membuat pengeluaran maksimum RM5000 tanpa syarat yang mana ianya akan dikeluarkan secara berperingkat selama 5 bulan. (RM1000 sebulan) Namun, pengeluaran dari Akaun 2 diutamakan pada kali ini jika ianya masih berbaki. 

Bagi yang nak start buat permohonan tu, boleh terus pergi ke lawan web ini ya. https://icitra.kwsp.gov.my/

Berbaloi ke keluarkan duit epf ni? Kan untuk kegunaan hari tua juga nanti. Jika tanya kami soalan ini, jawapan kami ialah WAJIB keluarkan Jika kita seorang yang bertanggungjawab. 

OK.. Begini. Jika memang kita perlukan duit untuk sara hidup. Itu memang no choice. Kenalah keluarkan untuk membiayai apa jua keperluan kehidupan itu. 

Namun, let say jika kita tak perlukan pun duit tu hari ini. Nak keluarkan juga ke? Iyee, keluarkan. Sebab kita tak tahu bila lagi peluang kita dapat untuk keluarkan duit epf ini. Keduanya, duit ini boleh digunakan untuk dana kecemasan kelak jika perlu. 

OK.. Sementara tak guna ni, nak letak duit tu kat mana pula? Dalam akaun bank ke? Jangannn... Jangan biarkan dalam akaun bank. Nanti habis digunakan. Simpankan RM5000 ini dalam medium simpanan yang boleh menjana keuntungan melebihi jika kita simpan dalam EPF. Salah satunya, Unit Trust atau nama Melayunya Unit Amanah. 

Korang pun tahukan kadar dividen epf lebih kurang berapa % setahun? Contoh ambillah 5% setahun. Kami bantu kirakan dalam Calculator Financial dibawah ini:
Ambil kita masih berbaki 20 tahun sebelum menuju umur 55 tahun ini. RM5000 ini jika kita biarkan dalam epf akan menjadi RM13266 pada 20 tahun akan datang. 

Mari kita cuba buat simulasi jika duit RM5000 ini kita simpan dalam Unit Amanah yang boleh memberi keuntungan secara puratanya 10% anggaran. 
Wah... Lepas 20 tahun, duit kita menjadi RM33627!!! Mana yang lagi berbaloi.?? 

Contoh dah ada. Sekarang terpulang pada diri kita nak pilih yang mana. Cuma tulah, bila kita dah start simpan di instrumen yang kita boleh kawal sendiri, takut terbabas je. Tak sampai 55 tahun, dah bawa keluar semua. Sebab tu kena bertanggungjawab dalam menguruskan duit pengeluaran ini. 

Korang berminat nak menyimpan dalam Unit Trust ni tapi tak tahu nak start dari mana? Jangan risau, korang hubungi sahaja kami. Kami akan terangkan bagaimana mahu bermula dan secara detail cabang-cabang ilmu dalan Unit Amanah ini. Insyaallah. 


Read more ...

Mengisi Borang Pelabur Baru Online Unit Amanah Public Mutual

4.6.21

Seiring dengan perkembangan teknologi, kini kita boleh mendaftar untuk menjadi Pelabur Unit Amanah secara online sahaja. Tak perlu jumpa agen Unit Trust atau hantar borang ke kaunter Public Mutual dah. Namun, adalah dinasihatkan orang ramai yang berminat untuk memulakan Simpanan dalam Unit Amanah untuk mendapat khidmat nasihat dari Unit Trust Consultant dahulu sebelum langkah permulaan dilakukan.

Ikuti langkah berikut untuk membuat pendaftaran. 

KEPERLUAN SEBELUM MEMULAKAN PENDAFTARAN

  • Perlu ada softcopy scan Kad Pengenalan depan dan belakang berbackground
  • Dalam format Jpeg
  • Saiz fail di bawah 1MB

STEP PERTAMA : Pergi ke website https://www.publicmutual.com.my

STEP KEDUA : Alihkan cursor ke atas butang "Register/Login" di atas kanan website. Pilih pilihan "New Investor"

STEP KETIGA : Scroll ke bawah dan klik "Click to Enrol Online"


STEP KEEMPAT : Isi maklumat No Kad Pengenalan, No Handphone dan pengesahan dalam tab "Tell us about you". Tekan NEXT

STEP KELIMA : Public Mutual akan menghantar PAC no ke no handphone kita untuk mengesahkan no berkenaan genuine kita yang punya. Masukkan no PAC yang diterima dan tekan "next"


STEP KEENAM : Isikan maklumat yang berkenaan di dalam tab "Personal"


Rujukan untuk bahagian ini (Kebiasaannya):

Other Foreign Tax Resident: NO

US Tax Resident: NO

Name: Sila isikan nama penuh seperti di dalam Kad Pengenalan


Selepas isi maklumat E-mel, klik "Request Email Code". Pergi ke email anda dan periksa emel dari pihak Public Mutual yang mempunyai Email Code. Periksa di dalam ruangan Spam jika tiada didalam ruangan Inbox.

Selepas isi Email Verification Code, tekan Next.


STEP TUJUH: Isikan maklumat alamat kediaman anda dalam tab "Contact"

Isi di bahagian "RESIDENTIAL ADDRESS"

TIDAK perlu isi ruangan MAILING ADDRESS jika Alamat Penghantaran sama dengan alamat tetap. Hanya perlu Tick pada kotak. 

No telefon rumah tidak perlu diisi jika tiada.

Tekan Next

STEP LAPAN: Isikan maklumat kawangan di dalam tab "Financial Profile & Employment"

Tak perlu letak No Telefon Ofis jika tiada




STEP SEMBILAN: Isi maklumat akaun bank di tab Bank Account. Apabila kita menjual kembali Unit Amanah, duit akan dimasukkan ke bank akaun ini. Bank akaun WAJIB atas nama Pelabur. Tiada 3rd party atau akaun syarikat!

Tick Agreement dan tekan Agree



STEP SEPULUH : Bina ID dan password untuk akaun Public Mutual Online anda. PMO ni gunanya untuk tujuan monitor simpanan kita dalam Public Mutual secara online. Selain itu kita juga boleh membuat proses jual beli Unit Amanah melalui portal online ini. 


STEP SEBELAS : Klik Agree pada verification Bank Akaun ini


STEP DUA BELAS : Anda perlu upload copy scan Kap Pengenalan anda yang berbackground putih. (Gambar tidak diterima) Pastikan jelas tulisan dan gambar. Upload di page ini. Kemudian tekan next.


STEP TIGA BELAS: Anda akan menerima emel dari pihak Public Mutual apabila staf Public Mutual telah menyemak permohonan anda samada berjaya ataupun gagal. 


Setelah pendaftaran berjaya, sila hubungi Konsultan anda untuk melakukan Ujian Sustanability Assesment untuk menentukan tahap risiko simpanan yang anda sanggup hadapi. 

Diharap panduan ini dapat membantu anda dalam mempermudahkan cara untuk mendaftar sebagai Pelabur dalam Unit Amanah. 

**Step ini dikemaskini pada 6 Jun 2021. Perubahan mungkin ada pada step sebenar pada website Public Mutual selepas dari tarikh ini


Read more ...

KELAS ONLINE WEBINAR SHOPEE BASIC

8.5.20

BELAJAR JANA INCOME 4-5 ANGKA SETIAP BULAN DENGAN MENJUAL DI SHOPEE

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..

Terlebih dahulu, mari saya perkenalkan siapa saya. Nama saya Mohd Haniff. Owner kepada Kedai Online Hanna Baby Shoppe. Alhamdulillah, setakat 2019, sudah 5 tahun kami beroperasi secara rasmi. Sepanjang 5 tahun saya berkecimpung dengan perniagaan internet, pelbagai halangan dan cabaran saya lalui untuk membangunkan Hanna Baby Shoppe.

Bermula dari tahun 2017, Hanna Baby Shoppe telah memasuki pasaran Shopee. Pada masa itu Shopee masih baru lagi dan saya bermula dari bawah belajar satu per satu secara try end error. Alhamdulillah, sale saya Shopee meningkat tahun demi tahun. Sehingga kita, Hanna Baby Shoppe telah menjana lebih RM200,000 sale di Shopee dan mendapat lebih 2000 Feedback dan Review dari customer tau. Status pun dah naik pangket ke Preferred Seller!.


Tengok Gambar Bawah Ni. Sale Kedai Saya dah Jana LEBIH RM200,000 Sale!!



Tapi bukan mudah untuk mencapai ke tahap ini. Belajar satu per satu sendiri dan melakukan banyak kesalahan dahulu. Saya sedar, bukan senang nak membangunkan sebuah bisnes sekalipun online bisnes.

LALU SAYA BERFIKIR


Andai segala kesukaran yang saya lalui ini dapat dirumuskan dan diajar kepada rakan-rakan lain agar mudah untuk mereka menjana pendapatan dengan lebih cepat di Shopee. Pasti ini akan menjadi SHORTCUT kepada rakan-rakan untuk menjadi at least seperti saya ataupun lebih bagus lagi!!

TAHUN 2019, TAHUN PERTAMA SAYA START SHARING ILMU INI!


Lalu, tahun 2019, saya telah memulakan sesi pengajaran secara fizikal kepada rakan-rakan hanya dari rumah saya. Kenapa buat kat rumah sahaja? Kerana saya nak mengekalkan group yang kecil dan menjimatkan kos sewaan premis pembelajaran. Yang penting ilmu yang disampaikan sampai terus kepada peserta.

NAH! SEDIKIT GAMBAR KELAS-KELAS YANG SAYA ANJURKAN







Namun, ramai rakan-rakan yang tinggal jauh dari tempat saya merungut yang mereka tak dapat join kelas saya kerana faktor lokasi dan logistik. Mengambil kesukaran ini, ditambah pula keadaan tahun 2020 yang penuh dengan cabaran jangkitan virus Covid-19, saya dengan ini memperkenal KELAS WEBINAR ONLINE SHOPEE BASIC MODULE 2020.

"KELAS WEBINAR ONLINE SHOPEE BASIC MODULE 2020 ini akan menceritakan secara amali cara-cara untuk mempersiapkan kedai kita di Shopee. Ini yang paling basic. Selain itu, saya akan sharekan ingredient yang membuatkan kedai shopee kita mendapat tarikan pengguna Shopee membeli. Ini yang ramai seller tak kuasai."

__________________________________________________________________________


APA KANDUNGAN UTAMA KELAS INI

Target audience kelas ini ialah untuk sesiapa yang langsung tiada knowledge untuk mula menjual di Shopee dan ingin memulakan perniagaan di Shopee. Oleh itu, kita akan mula dengan membuat langkah step by step sehingga kita berjaya mempromosikan produk kita di Shopee. Kira macam kelas amalilah part ini.

Semasa membuat kelas amali, saya akan selitkan tip-tip dan killer point yang mana bila buat step ini, ini yang menjadikan kedai dan produk kita lebih menarik perhatian pembeli berbanding seller lain. Ini yang ramai orang tak tahu nak buat, sebab tak pengalaman lagi.
__________________________________________________________________________

SO, APA DETAIL PENGISIAN KELAS INI?
  • Sesi perkenalkan kepada dunia E-Commerce dan Shopee
  • Shopee Apps dan Shopee Website di kaca mata pembeli
  • BONUS TIP NO 1 
  • Pendaftaran akaun Shopee
  • Hias Kedai Kita
  • BONUS TIP NO 2
  • Setting Shipping Address
  • Setting Bank Akaun
  • Setting Tetapan Asas
  • Setting Tetapan Chat
  • Setting Penghantaran (Shipping Setting)
  • Free Shipping Program dan Cara mendaftar
  • Membuat listing produk pertama saya!!
  • BONUS TIP NO 3
  • BONUS TIP NO 4
  • BONUS TIP NO 5
  • BONUS TIP NO 6
  • Cara memproses order pertama saya!!
  • BONUS TIP NO 7
  • Marketing Tools - Ada 12 Marketing tools akan kita cover!
  • Shopee Ads sebagai Marketing tools yang power
  • BONUS TIP NO 8
  • BONUS TIP NO 9
  • BONUS TIP NO 10
  • BONUS TIP NO 11
Kalau tengok list di atas, ada banyak BONUS TIP!! Haa, ini tip rahsia kejayaan kedai saya. Sifu lain tak akan ajar tip-tip ini dalam perkongsian mereka. Kebanyakkan kelas Shopee hanya memfokuskan perkara asas untuk menyiapkan kedai, namun selok belok strategi langsung tidak disentuh.  Ini cara saya. Ini tip dari saya yang saya bongkarkan kepada anda semua untuk memudahkan kerja dan usaha anda.

  • BONUS TIP NO 1 - Rnd Produk dan Pesaing di Shopee
  • BONUS TIP NO 2 - Rahsia Deco Kedai yang menarik
  • BONUS TIP NO 3 - Nama Produk yang Menaikkan View
  • BONUS TIP NO 4 - Cara Detect Keyword Produk Kita
  • BONUS TIP NO 5 - Copywriting Description Produk
  • BONUS TIP NO 6 - Cara Membuat Gambar Produk Yang Menarik
  • BONUS TIP NO 7 - Printer yang Sesuai Digunakan Untuk Peniaga Shopee
  • BONUS TIP NO 8 - Pre Order Vs Ready Stock?
  • BONUS TIP NO 9 - Preferred Seller? Program-program Shopee yang lain.
  • BONUS TIP NO 10 - Rahsia Strategi Marketing untuk Peniaga Baru 
  • BONUS TIP NO 11 - 3 +1 Empat key listing yang akan mempercepatkan jualan produk

KLIK SINI UNTUK TERUS MENDAFTAR

____________________________________________________________________

BERAPA LAMA DURASI KELAS?


Banyakkan yang kita akan cover. So, berapa lama kita akan belajar semua subjek ini? Sebelum ini, saya cover semua perkara dalam masa sehari pembelajaran 8 jam. Ialah, buat kelas fizikalkan, takkan nak suruh peserta datang kejap-kejap. Namun, ramai perserta yang tepu sebab terlampau banyak sangat ilmu yang masuk mencurah-curah. So, untuk kelas online ini, kita akan buat dalam 2 sesi.

SESI 1 - Kelas selama 4 jam pada hari Pertama (Selalunya hari Sabtu pukul 9 pagi hingga 1 Tengah hari)
SESI 2 - Kelas selama 4 jam pada hari Kedua (Selalunya hari Ahad pukul 9 pagi hingga 1 Tengah hari)

____________________________________________________________________

SYARAT MINIMUM PESERTA

Ada syarat minimum tau, Supaya saya tahu anda cukup kelengkapan untuk kelas ini. 
  • LAPTOP - Ya, laptop diperlukan untuk menjadi peniaga shopee yang berjaya. Ada sebahagian fungsi peniaga shopee boleh diuruskan di App Phone, namun kebanyakkan tools hanya boleh diaccess melalui laptop. Jadi, saya lebih memfokuskan praktikal melalui laptop.
  • SMARTPHONE SHOPEE TERBINA DALAM - Kita juga akan cover sedikit Tools di Apps
  • TALIAN INTERNET YANG STABIL - Untuk dapatkan kualiti streaming yang stable
_____________________________________________________________________


PLATFORM WEBINAR APA YANG DIGUNAKAN?

Saya akan menggunakan Eztalk. Tapi anda tak perlu risau untuk download app ini. Hanya buka link yang akan saya beri di web browser sudah memadai. Cadangan saya, buka webinar ini di Phone anda, dalam masa yang sama terus membuat amali di Laptop anda. 

_____________________________________________________________________

ADA BONUS LAGI KE SELAIN KELAS DI ATAS?

Ya. Selain kelas diatas, anda juga akan menikmati servis dibawah
  • Ulangan video kelas sepanjang hayat. Anytime, kalau dah lupa boleh buat ulangkaji.
  • Coaching atas talian di Whatsapp group yang dikelola oleh saya sendiri
  • Free membership menjadi agen dropship kedai saya. Haa, mana yang belum ada produk boleh jual produk ini dahulu,  
____________________________________________________________________

BERAPA HARGA BAYARAN UNTUK SEMUA INI?

Kelas webinar akan menjimatkan banyak kos pengurusan dan juga kos di pihak peserta. Peserta tak perlu mengeluarkan kos minyak dan kenderaan untuk ke tempat saya. Saya juga tak perlu menyediakan makanan dan minuman semasa proses kelas. 

Oleh itu, saya boleh memberikan harga paling rendah untuk kelas ini:

RM25 PER PAX

Apa yang saya gunakan dari RM25 ini? Sebahagian saya gunakan untuk membuat tempahan server webinar. Ya, memang ada banyak free conference meeting room online yang boleh digunakan. Tapi, berdasarkan pengalaman saya, disebabkan ianya free server berlaku banyak lagging streaming di pihak peserta. Ini akan mengganggu 100% pembelajaran dan mood. Jadi, tak salah keluar sikit duit untuk dapatkan kelas yang berkualitikan. 

TAPI...

Disebabkan ini kelas pertama Webinar saya, saya nak beri diskaun untuk 10 peserta pertama, yuran kelas hanya RM20.. 

Ya.. RM20 sahaja untuk 10 peserta pertama sahaja. 
Hanya untuk Webinar Siri 1
_______________________________________________________________________

TAPI.... ADA BERITA KURANG BAIK

Saya tak mengambil ramai peserta. Setiap kelas webinar, saya limitkan kepada 20 orang untuk menjaga kualiti kelas.

20 ORANG SAHAJA SETIAP SESI

_______________________________________________________________________

SO, MACAM MANA NAK DAFTAR KELAS INI

Penyertaan akan dibuka pukul 5 petang ini!!

Simple je, klik je link dibawah ini. Anda akan didirectkan ke laman pembelian. Pilih date yang ada dan bilangan pax yang ingin mendaftar. Check out dan selesai. 

Selepas itu apa yang akan terjadi?

  1. Saya akan memasukkan anda ke dalam group whatsapp support saya dalam masa beberapa hari sebelum kelas. 
  2. Saya akan hantar link invitation untuk webinar melalui emel anda. Anda akan terima 2 emel yang mewakili 2 Webinar Sesi 1 dan Sesi 2. Jadi, pastikan anda memasukkan emel yang betul ya!!
  3. Join link webinar apabila telah sampai waktunya
  4. Mula menjual di Shopee!!
INGAT TAU, 20 ORANG JE UNTUK WEBINAR SIRI 1 INI!!










Read more ...