Pages

Kesedaran Menuntut Ilmu

21.6.10
Income percuma RM 80 hari-hari hanya di, Bank Rakyat.net


Saya ada terbaca petikan berita dalam HarakahDaily yang mana Tuan Guru Nik Aziz menyuruh rakyat membahagikan sedikit peruntukan untuk membeli buku agar dapat dibaca oleh seisi keluarga dan dapat dijadikan library kecil dirumah sendiri. Tambah beliau lagi, buku yang perlu lebih diutamakan ialah buku berkaitan dengan ilmu agama kerana beliau melihat sedikit sekali pemahaman umat Islam hari ini berkaitan dengan agama Islam. Bagi saya amat moleklah sekali Tuan Guru mengetengahkan isu ini. Walaupun sudah banyak kali kerajaan kita menyarankan agar umat mengamalkan budaya membaca, namun nasihat dan daranan seperti ini perlulah sentiasa dilakukan agar budaya ini dapat dipupuk dalam masyarakat.


Gambar Hiasan (sumber: http://www.pasarkreasi.com)

Secara personal, saya sendiri melihat umat Islam hari ini lebih suka kepada mengamalkan cara hidup yang melalaikan berbanding melakukan perkara yang berfaedah terutamanya umat Islam yang berada di Malaysia. Tengok sahaja budak sekolah hari ini, kadar masalah sosial dan jenayah di kalangan budak sekolah adalah lebih tinggi dan menonjol berbanding dengan kadar budak sekolah yang cemerlang di dalam pelajaran. Dan bagi budak sekolah yang cemerlang di dalam pelajaran pula, mereka lebih cenderung untuk menguasai ilmu dunia yang tak dituntut oleh Islam pun berbanding ilmu akhirat seperto Fardhu Ain yang sepatutnya mereka telah di didik sejak dari kecil. Dan lebih malang lagi, bukan setakat anak-anak kecil yang belum baligh ini jahil dalam ilmu agama, ibubapa mereka juga begitu jahil dalam ilmu agama. Tiada usaha langsung untuk mempertingkatkan diri di dalam memahami masalah jal ehwal tentang agama kerana kita telah dipupuk sejak dari kecil lagi untuk tidak mengutamakan ilmu agama.

Bagi saya, untuk mengubah budaya menambahkan ilmu terutamanya ilmu agama perlu dimulakan sejak dari peringkat negara lagi yang mana kerajaan sentidi perlu membuat perubahan yang besar. Antara perubahan yang saya rasa perlu adalah:
  • Mata pelajaran mengenali agama (perbandingan agama) perlulah diajar kepada semua pelajar, bukan setakat pelajar beragama Islam sahaja.
  • Setiap pelajaran yang diajar perlulah dikaitkan dengan ajaran agama dan nilai sisialnya kerana agama merupakan petunjuk yang paling utama dalam hidup manusia (Rukun Negara pun dimulakan dengan Kepercayaan Pada Tuhan)
  • Memperbanyakkan perbahasan dan rancangan membincangkan masalah agama dan boleh juga diselitkan perbahasan antara agama yang menggantikan rancangan yang melalaikan seperti Akademi Fantasia dan lain-lain
  • Mewajibkan wakil rakyat dan para pemimpin mengamalkan hidup sebagai seorang Islam seperti bersolat jemaah, menyampaikan kuthbah dan mengetuai upacara Qurban (yakni pemimpin mestilah mempunyai pengetahuan agama yang kuat, kalau tak tahu kena belajar dengan bersungguh-sungguh)
  • Pemimpin sendiri perlulah menyampaikan kepada rakyat tentang pentingnya berilmu agama berulang kali dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera (bukannya mengetengahkan fahamannya sendiri yang belum tentu dapat menjamin keharmonian rakyat)
  • Ilmu agama perlu berada di mana-mana (di perpustakaan, poster di pusat membeli belah, iklan banner di tepi jalan, iklan di televisyen, di blog-blog pemimpin di internet, pendek kata di semua tempatlah)
Dan banyak lagi yang boleh dilakukan kerajaan untuk mengemarakkan lagi semangat rakyat untuk mendekati ilmu agama. Tapi malangnya, pemimpin kerajaan sendiri tidak mempunyai kesedaran untuk memperdalami ilmu agama, bagaimana pula hendak disampaikan ilmu agama ini kepada rakyat?? Firman Allah:

“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil lebih dekat kepada taqwa.”(Surah Al-Ma’idah, ayat 8.)

Hari ini terdapat banyak sekali pemimpin yang tidak adil termasuklah di Malaysia terutamanya bila menyentuh bab perbezaan parti. Hak yang sepatutnya diberikan kepada sesuatu golongan itu tidaklah diberikan walaupun itu tanggungjawabnya sebagai kerajaan.  
 sumber gambar: iLuvIslam.com

Allah juga berfirman:

“iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).

Sesungguhnya pemimpin itu mestilah mendirikan solat, menunaikan zakat, berbuat ma'ruf dan mencegah mungkar. Namun ciri-ciri ini tidak lagi diketengahkan dalam pemilihan pemimpin di Malaysia ini. Kita lihat sahaja ada pemimpin yang sanggup membenarkan judi yang telah sekian lama diharamkan oleh Allah. Sesungguhnya, tiada satu pun agama di muka bumi ini yang menghalalkan judi. Jadi, tiada sebab untuk judi dihalalkan oleh kerajaan. Tidak kurang juga pemimpin yang mengeluarkan cadangan yang tidak bernas yang menunjukkan betapa ceteknya ilmu dalam bidang agama seperti cadangan ingin mengadakan karnival di bulan Ramadhan yang mana karnival ini lebih berbentuk pesta seperti pesta juadah untuk berbuka dan bersahur dengan tujuan untuk menarik pelancong dari tanah Arab. Daripada pelancong Arab itu datang Malaysia utk berpesta, lebih baik mereka ke Tanah Suci Mekah untuk beribadah setiap malam. Bukankah bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat yang mana Ibadah yang dilakukan digandakan ganjarannya?? Wallahualam ~Haniff Izhar~

Klik sekali, Kling! Kling! USD5.00 masuk. Nak juga ke, regist FREE je. Clixsense.Com
Read more ...