Pages

Stargate Universe ~ CIMA (Part 2)

28.2.11
OK, igt tak sebelum ni saya pernah cerita pasal Cima Cement Industries Sdn Bhd sebagai sebuah tempat manufacturer Stargate gate tu. Kalau tak ingat and nak tahu apa itu stargate, klik di sini. Jadi kali ni saya nak cerita sambungannya.

Dipendekkan cerita (sbb takut tak sempat taip pepanjang, nak gi keje ni), minggu CIMA plant mengalami shut down salah satu line. Seperti biasa kilang dan plant tinggalan Kaum Ancient (spt dlm cerita Stargate, kaum ancient adalah kaum asal yang mencipta stargate), sebab dah lama mestilah banyak repairnya and banyak tempat juga yang kami kaum Manusia Moden tak terokai lagi.

Setelah mengelongkar kilang ini diwaktu shut down, saya telah menjumpai beberapa equipment yang telah digunakan untuk travel dari tempat ke tempat di dalam galaksi ini dan juga time travel tunnel. Saya sendiri telah mencuba alatan-alatan ini. Marvelous oo dok dalam benda pelik-pelik camni. Tak semua orang boleh alaminya. Ikuti laporan bergambar saya dibawah.

STARGATE gate sistem

Inilah bilik Control Room Stargate Station. Di atas merupakan 3 orang staf dari Bumi yang mengendalikan sistem ini.


Pemandangan gadget stargate ini dari luar. Panjang 57 meter manakala berdiameter 4 meter.

Pintu masuk stargate yang gelap gelita.

Haa, ni gambar dalam cerita stargate. Lebih kurang same kan dengan gambar atas tu. Ni nampak cantik sebab tambah efect gambar ni.

 Lihatlah krew ini tregantung secara terbalik, ini kerana gate ini mempunyai sistem graviti tersediri

 Gerbang ke alam lain yang terang benderang.

 Gadget yang dibawa bersama semasa pengembaraan ini

Dari kejauhan gate

Time Travel Tunnel

Saya berpeluang merasai time travel tunnel. Diameternya agak kecil iaitu kira-kira 2 meter sahaja. Panjangnya pula tak terkira.
 Di dalam time travel tunnel bersama rakan setugas

 Perjalanan yang masih jauh untuk ke masa depan.

Cahaya keluar ke zaman yang lain. Dari kejauhan.

Hahaa, amacam? real tak report saya ni. Sebenarnya equipment gate tu nama dia Kiln manakala time travel tunnel tu nama dia TAD tunnel. Dua-dua ni klu waktu operasi memang takleh masuk la sbb inner temperature mau sampai 1000 degree kot. Jadi pengalaman pertama saya masuk ke dalam 2-2 benda ini memang mengujakan. Tambahan pula, dengan imaginasi STARGATE saya ni. Memang terase macam alam fantasi la pulakkan.

~Haniff Izhar~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan