Pages

Ceramah Perdana Oleh Tuan Mahfuz

14.3.11
Sambungan kepada Post saya sebelum perihal tentang Majlis sempena Perasmian Komplek Pas Perlis, so saya pun telah menjengoklah ke Majlis berkenaan. Klik disini utk info berkenaan majlis berkenaan

Hari Sabtu, Tengah hari. Saya ke sana dengan harapan untuk makan tengah hari (biasalah, orang-orang bujang ni, pantang dapat makanan percuma, laju ja) Majlis berkenaan dinamakan Kenduri Rakyat sempena perkahwinan beramai-ramai yang dianjurkan pada pagi hari berkenaan. Alhamdulillah, dapatlah saya makan nasik berlaukkan gulai daging. 

Pada malam harinya saya ke sana lagi, dengan harapan untuk melihat berdepan dengan wajah Presidan Pas ini, Tuan Guru Haji Hadi Awang. Namun, alangkah kecewanya saya apabila beliau tidak dapat hadir pada hari yg berkenaan. Tapi, mendengar ceramah politik dari Naib Presiden Pas, Tuan Mahfuz dan Encik Badrul Hisham Shahrim, terubat la sikit duka dihati. 

Ramai jugak kehadiran malam tu, penuh dataran depan komplek tu. Berpusu-pusu orang sampaikan ade yang kene berdiri je. Sekali tengok, memang macam senario politik hari ini telah berubah yg mana ramai jugak yang menyokong pembangkang walaupun dinegeri pentadbiran parti kerajaan. 

Antara isu-isu yang dibangkitkan Tuan Mahfuz, antaranya ada isu-isunya agak lawak jugak kalau didengar:
  • Isu Anwar - Najib - Saiful
  • Isu Najib - Altantuya (Kata Tuan Mahfuz ni, antara sebab Tuan Najib ni gelabah nak pertahankan Putrajaya sebab takut kalau Putrajaya jatuh ke tangan Pembangkang komfem beliau akan didakwa atas isu Altantuya ni)
  • Isu Minyak Dunia (Ideologi yg diberikan agak bernas, sebagai sebuah negara pengeluar minyak dunia, patutnya rakyat Malaysia menikmati kemudahan hasil dari keuntungan yg kita dapat atas kenaikan harga minyak dunia. Namun apa yg jadi, harga minyak dunia naik, subsidi minyak utk rakyat pula dipotong. Sepatutnya ditambah laa.. Betoi jugak ape dia cakap ni)
Read more ...

Program Sempena Perasmian Komplek Pas Perlis

11.3.11
Salam sahabat-sahabat pembaca blog Greatanep,

Just nak kongsi dengan you all yang duduk kat area Perlis, mai la pakat kita turun ramai-ramai sempena dengan perasmian Kompleks Pas Perlis. Saya ni bukan la Ahli Pas pun (Belum lagi, hehee), tapi bab-bab nak berkomuniti dan mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat ni memang amatlah saya gemari. Tak salah kan, kita nak kenali culture politik kat Perlis ni. Disamping itu dengan kehadiran pemimpin-pemimpin gah dari pembangkang terutamanya PAS menyemarakkan lagi semangat saya utk saje-saje jengok ke majlis ni. (Ramai woo datang, teruja gile, Tok Guru Nik Aziz pun turun Perlis ni)

Tengok le gambar poster yang saye sempat snapshot ni:

Tak nampak ye ape yang ditulis dalam poster tu? Takpa, saya jelaskan dengan lebih lanjut dibawah ya:

11 Mac 2011 / Jumaat
7.00 malam
Solat Magrib beramai-ramai dan bacaan Yasiin serta Solat Hajat.

10.00 malam
CERAMAH
YB. Ustaz Hashim Jasin - YDP Pas Perlis
YB. Lim Kit Siang - Penasihat DAP
Dato' Dr Haron Din - Timbalan Mursyidul Am PAS
Read more ...

Stargate Operation ~ Part 4 (CIMA Space Shuttle Lunch on 5 March 2011)

7.3.11
Ok, hahaa.. ni sambungan kisah Stargate Universe saya Part 2 yang dulu. Tapi kenapa part 4? Mana part 3 nya? Part 3 saya hold dulu sebab saya interested nak buat part 4 yang lebih syok ni.

Ok, kalau post Stargate saya sebelum ni mengisahkan penemuan main gate to the Universe dalam kilang CIMA ni. Post kali ni pula menceritakan Operasi Stargate CIMA ini telah digantikan dengan Operasi Space Shuttle Lunch. Dengan menggunakan teknologi dan equipment yang sama, rupanya device ni boleh juga menjadi tapak Space Shuttle Luncher.

OK, sebelum saya ke kisah luncher CIMA ni, marilah saya kongsi sikit al-kisah Space Shuttle buatan manusia yang pernah ada pada hari ini. Kenapa ye saya ni minat sangat cerita tentang Space-space ni yee? 

Maybe sebab sejak dari kecil lagi saya ni memang minat dengan Angkasa Raya ciptaan Allah ni. Memang salah satu cita-cita terawal saya (sejak umur 5 tahun, zaman-zaman tadika dulu. Kira Childhood Dream lani), nak jadi Pilot tu, kalau boleh nak jadi Pilot Fighter tu. 

Read more ...

Ronda-Ronda Pasar Malam Malaysia!!!

4.3.11
Salam sahabat-sahabat setia pembaca blog Greatanep ni,

Sebenarnya banyak post-post saya yg tergendala yang tak dapat saya post dek kerana kesibukan masa ataupun kemalasan diri utk mengepostkan post-post berkenaan. Kebanyakan idea-idea ni berkenaan Perlis, negeri perantauanku. Ialah orang baru kat tempat orang, mestilah teruja nak ceritakan macam-macam benda kan.

Oklah, tanpa berlengahkan masa lagi, marila kita ke subjek yg sebenar. Post kali ni saya nak ceritakan pasai pasar malam yang available kat Perlis ni. So, jadi lepas ni sesiapa yang baru pindah ke Perlis ni, nak cari makan-makan waktu malam, yang paling senangnye, marilah ke Pasar Malam yang berada disekitar Perlis ni. Disebabkan Perlis ni kecil, Pasar malam kat ujung nun sebelah sana pun dekat je kalau nak pergi.

Telebih dahulu, saya ceritakan pasar malam2  yg besar-besar kat perlis ni. Ikuti laporan saya yg berikut:

Pasar Malam Kangar (Hari Rabu Malam Khamis)

Ha, nilah pasar malam terbesar kat Perlis. Kira ni macam Pasar Malam Jln TAR kat KL tu la. Memang pelbagai ada kat pasar malam ni. Yang bestnye, pasar malam ni dah dibahagi kepada seksyen2 jenis jualan. Maksudnya ada bahagian sayur, ikan, ayam, daging2, perkakasan dapur, makanan-makanan, pakaian-pakaian, eksessori wanita, eksessori HP dan pelbagai lagi. Jadi senang la kita nak memilih sebab semua satu tempat je.

Lokasi pasar malam ni: Sekitar Stadium Perlis.

Read more ...