Pages

Step Nak Buat Rumah Sebuah - Part 2

21.12.10
Haritu kita dah tengok sekerat episod buat rumah ni. Nihaa saya ada update dan picture baru perkembangan pembinaan rumah ni. Enjoy it ya!! Sambil-sambil tu boleh timba ilmu baru dalam pembinaan bangunan. Pasni nak buat garaj ke, pondok baru ke, takyah laa upah orang. Wat sendiri je.

Gambar kat bawah ni tunggang langgang, malas pulak saya nak menyusunnya. Pandai-pandai laa korang sume susuh sendiri ye. =)

 Ni pemandangan dari atas ni. Gayat jugak nak memanjat tangga kayu tu semata-mata nak tgk view kayu untuk wat syiling ni.

 Ni view belakang rumah. Yang nampak pintu tu, tu pintu dapur tue.
Read more ...

Rukun Islam ~ Ambil beratkah kita??

16.12.10
Salam Ukhwah Sahabat,

Kalau tanya umat Islam di Malaysia hari ini, Apa itu Rukun Iman dan Islam? Mereka akan dapat menjawab dengan lancar satu persatu isi kandungannya. Nanti katanya:

"Rukum Iman ada 6 perkara, Beriman kpd Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Qada Qadar dan Hari Kiamat"

"Rukun Islam pula ada 5, Mengucap Shahadah, Solat 5 waktu, Berpuasa, Berzakat dan akhirnya Menunaikan Haji"

Namun, sedalam manakah kita mendalami tiap2 perkara ini?? Hari ini saya akan menyentuh persoalan Rukum Islam dari perspektif kehidupan di Malaysia ini. Kalau kita tengok ramai umat Islam di Malaysia hari ini, ibadah-ibadah wajib didalam rukun Islam juga sudah tidak di endahkan lagi. Mari kita kupas satu per satu prinsip-prinsip di dalam Rukun Islam berkenaan.

Read more ...

Step nak buat rumah sebuah..

13.12.10
Penulisan kali ini saya ingin kongsikan dengan rakan-rakan macam mana caranya orang buat rumah. Maksud saya orang buat rumah, maksudnya memang buat rumah laa atau membina rumah. Bukan apa, sahaja berkongsi maklumat sebab saya sendiri mengikuti proses pembinaan rumah keluarga di tanah di dusun Kajang yang masih dalam pembinaan ini. Marilah kita ikuti laporan saya dibawah ini:

Peringkat 1 - Penyediaan tapak rumah dan besi-besi binaan
(Gambar diambil pada 13 November 2010)

 Inilah bahan-bahan yg paling awal sampai ditempat kejadian. Batu bata dan Pasir.
 Sebuah bangsal juga telah dibina utk menyimpan simen. (Kalau letak luar nnt kene hujan, terus takleh guna simen)

Read more ...

Garmin untuk NOKIA Hp yang guna S60 Symbian OS

3.12.10
Salam kawan-kawan, sejak akhir-akhir ini, penggunaan GPS system tuk navigating perjalanan kita makin meluas digunakan oleh orang ramai terutamanya yang duduk dibandar besar spt Kuala Lumpur. Nak dipendekkan cerita, saya sendiri pun terjebak jugalah dengan fenomena ini. Ikuti kisah pemasangan GPS di HP Nokia 5530 saya yang disertai dengan kajian terperinci selama lebih kurang sebulan.

Keinginan untuk memiliki GPS sebagai hobi.
Utk pengetahuan semua, device hardware GPS yang ada LCD tu amatlah mahal dipasaran. Paling murah pun RM300++. GPS pun jarang guna, membazir je beli device tu. Altenativenya, gunalah HP yang ada GPS receiver. Malangnya HP yang saya beli awal tahun lepas iaitu NOKIA 5530 memang takde GPS receiver. So, patutnya memang takleh guna GPS laa.

**Apa itu GPS receiver - GPS receiver ni mcm hardware dalam HP kita yang membolehkan HP kita menerima signal dari satellite. Tak semua HP ada device ini. Jadi, sebelum korang beli HP, tgk2 la dulu spec ni klu korang berminat dengan GPS ni. 

Kajian mengenai device GPS
Disebabkan HP saya tiada device GPS, maka saya pun mula berfikir cara lain utk memiliki GPS. Search2 di internet, akhirnya jumpa juga satu device tang dinamakan GPS receiver. Device ni macam box kecil je. Saya tengok pula harga hardware ni kat kedai phone/komputer. Pergh!! harganya sangat mahal, RM 200 paling murah. (Serupa beli GPS system yg ada LCD tu je!!) Altenative nya, saya search pula online shop, iaitu ebay.. Hasilnya, saya telah menempah satu GPS bluethooth receiver buatan Taiwan dengan harga RM 90. Device ini tiba di kediaman saya selepas 9 hari tempahan. 

Kerja-kerja penyambungan ke HP Nokia 5530
Dah ada devicenya, apa lagi, saya try la connectkan device ni ke HP saya dengan menggunakan bluethooth. Pada mulanya saya gunakan Nokia Maps Application je (mase tu igtkan FREE je function gps ni) Memanglah working, mmg dia boleh detact lokasi kita, but bila nak navigating je, tetibe Nokia maps ni suruh saya subscribe yearly nagivation function bernilai RM59.99. Mak aii, mahalnye (sebenarnya takla mahal sgt, setaun RM60 je, tp klu dapat free lagi bagus. Hehee)

Kajian other GPS software
Disebabkan Nokia maps berbayar, saya pun mula mencari software gps lain. Teringatla member2 pernah ckp2 pasal garmin gps software ni. Search2 kat forum, jumpelah software ni. Ade banyak version plak tue. Kat satu website ni, saya try, error. Satu website lagi, error jugak. Last-last jumpe la garmin software ni kat website syok.org. Try-try-try, makan 2 hari jugak laa nak berjaya menginstallnye dengan betul. Hahaa.

Hasilnya, sekarang HP saya telah dilengkapi dengan GPS nagivating system. Tapi klu nak guna software ni, kene la saya bawak GPS receiver saya skali. (Klu HP dah ada integrated GPS receiver, takyah benda ni) 

SO, disebabkan usaha saya yang bersusah payah ni, rasanya rugi klu saya tak kongsikan cara bagaimana nak install Garmin ni dan kat mana source2 installation filenya. Mari ikuti tutorial dibawah:

Read more ...