Pages

Kedai Makan Ulam Free

13.2.11
Ok, sudah semestinya kalau kita pegi mana-mana pun, perkara paling penting untuk melangsungkan kehidupan ialah gizi pemakanan. Haha. Sebagai seorang perantau macam saya ni, hari pertama saya sampai ke Perlis ini, antara perkara yang saya dah usha-usha ialah kedai makan. Al maklumlah, rumah bujang, dapur pun tak ada, so, makan-makan semua kenelah beli saja. 

Namun, walaupun ramai-ramai orang kata makanan kat Perlis ni murah-murah, namun taklah mudah sangat nak mencari kedai-kedai makan yang murah-murah ini. Search-search nak internet, nampak gayanya orang Perlis ni tak suka berblogging tentang keunikan negeri Perlis ni. Amat susah utk mencari artikel pasal port-port terbaik gerai makan di Perlis ini. Hahaa. Oleh itu, method yang lebih baik utk mengenal pasti kedai-kedai makan murah-murah ni ialah dengan bertanya kpd orang.
"Search-search nak internet, nampak gayanya orang Perlis ni tak suka berblogging tentang keunikan negeri Perlis ni. Amat susah utk mencari artikel pasal port-port terbaik gerai makan di Perlis ini."

So, dipendekkan cerita, Jumaat lepas, adalah seorang member ni membawa saya dan rakan-rakan sepekerjaan mekan tengah hari ke satu gerai ni. Walaupun gerainya nampak biasa je, namun ada beberapa keunikan gerai ni. Berikut adalah maklumat gerai berkenaan:

Nama gerai: Tak tau, sebab takde papan tanda nama gerai pun.
Lokasi: Berhadapan dengan Shell Beseri
Waktu Buka: Waktu pagi hingga lewat tengah hari. Petang dah tutup dah.
Hidangan yang saya minta: Nasi Putih, Ayam goreng bertepung, Bendi masak kari, Keropok bawang dan Papodum, Air Sirap
Harga hidangan: RM 3.70

Menu
Nasi Putih
Ayam Goreng Berempah
Bendi Masak Kari
Keropok Bawang + Papodum
Air Sirap
Ulam-ulaman**
HANYA RM 3.70!!!
(Peringatan: Ini bukan set cathering utk majlis kahwin ya, Hahaaa)

Tengok le menu atas tu, semua tu hanya RM3.70!! Ulam-ulaman tu saya buat sign ** sebab ulam-ulaman FREE je kat kedai tu. Tokey kedai letak je kat atas meja makan, ambil la brapa banyak yang diperlukan.Inilah keunikan gerai ini. Selain harganya yang murah, ada pula ulam PERCUMA. 

"Saya sebagai Peneroka Port-Port Gerai Makan dengan ini MENGESYOKAN dan MENGIKTIRAF gerai makan di Beseri ini sebagai sebuah gerai makan yang LAYAK menjadi Port untuk makan tengah hari bagi Anak-anak Bujang di Perantauan." (Sila bacakan seperti Penyimpan Mohor-Mohor Besar mengumumkan Tarikh Hari Raya)

Some snap shot yang sempat di snap secara curi-curi

 Ulam-ulaman yang FREE yang berkhasiat!!
 Kedainye buruk je, tapi lauknye pelbagai
 View hadapan Kedai
Signboard yang terdapat dihadapan gerai berkenaan

Haniff Izhar

3 ulasan:

  1. murah ni...byk lauk...siap ngan air pulak lg...best2...

    BalasPadam
  2. ye..sgt murah..leh la berjimat =)

    BalasPadam
  3. Haha.. Betoi2.. Memang jimat le makan tengah hari kat situ.. Banyak lagi gerai yang murah2 mcm tu kat sini, aku je tak explore lagi.. heheee..

    BalasPadam