Pages

Pengeluaran I-Citra Epf Perlu ke?

12.7.21
Tahukah anda bermula 12 Julai 2021 ini, anda boleh mula membuat permohonan untuk pengeluaran duit epf dibawah program i-citra yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Ianya sebahagian daripada inisitaf kerajaan untuk membantu rakyat dibawah Program Pemulihan Ekonomi. 

Bawah program ini, kita boleh membuat pengeluaran maksimum RM5000 tanpa syarat yang mana ianya akan dikeluarkan secara berperingkat selama 5 bulan. (RM1000 sebulan) Namun, pengeluaran dari Akaun 2 diutamakan pada kali ini jika ianya masih berbaki. 

Bagi yang nak start buat permohonan tu, boleh terus pergi ke lawan web ini ya. https://icitra.kwsp.gov.my/

Berbaloi ke keluarkan duit epf ni? Kan untuk kegunaan hari tua juga nanti. Jika tanya kami soalan ini, jawapan kami ialah WAJIB keluarkan Jika kita seorang yang bertanggungjawab. 

OK.. Begini. Jika memang kita perlukan duit untuk sara hidup. Itu memang no choice. Kenalah keluarkan untuk membiayai apa jua keperluan kehidupan itu. 

Namun, let say jika kita tak perlukan pun duit tu hari ini. Nak keluarkan juga ke? Iyee, keluarkan. Sebab kita tak tahu bila lagi peluang kita dapat untuk keluarkan duit epf ini. Keduanya, duit ini boleh digunakan untuk dana kecemasan kelak jika perlu. 

OK.. Sementara tak guna ni, nak letak duit tu kat mana pula? Dalam akaun bank ke? Jangannn... Jangan biarkan dalam akaun bank. Nanti habis digunakan. Simpankan RM5000 ini dalam medium simpanan yang boleh menjana keuntungan melebihi jika kita simpan dalam EPF. Salah satunya, Unit Trust atau nama Melayunya Unit Amanah. 

Korang pun tahukan kadar dividen epf lebih kurang berapa % setahun? Contoh ambillah 5% setahun. Kami bantu kirakan dalam Calculator Financial dibawah ini:
Ambil kita masih berbaki 20 tahun sebelum menuju umur 55 tahun ini. RM5000 ini jika kita biarkan dalam epf akan menjadi RM13266 pada 20 tahun akan datang. 

Mari kita cuba buat simulasi jika duit RM5000 ini kita simpan dalam Unit Amanah yang boleh memberi keuntungan secara puratanya 10% anggaran. 
Wah... Lepas 20 tahun, duit kita menjadi RM33627!!! Mana yang lagi berbaloi.?? 

Contoh dah ada. Sekarang terpulang pada diri kita nak pilih yang mana. Cuma tulah, bila kita dah start simpan di instrumen yang kita boleh kawal sendiri, takut terbabas je. Tak sampai 55 tahun, dah bawa keluar semua. Sebab tu kena bertanggungjawab dalam menguruskan duit pengeluaran ini. 

Korang berminat nak menyimpan dalam Unit Trust ni tapi tak tahu nak start dari mana? Jangan risau, korang hubungi sahaja kami. Kami akan terangkan bagaimana mahu bermula dan secara detail cabang-cabang ilmu dalan Unit Amanah ini. Insyaallah. 


Read more ...