Pages

Bisnes @ Makan Gaji????

22.5.12
Sudah lama rasanya saya tidak update blog kesayangan saya ini. Itulah, semakin meningkat usia, terasa semakin malas untuk membuat semua perkara. Masa kecil dulu, waktu sekolah semasa diasrama, begitu senang bangun diawal 5 pagi utk menunggu masuknya waktu Subuh di surau. Diwaktu itu, rajinnya turun awal ke surau di waktu Maghrib utk melaungkan sedikit alunan zikir Asmaul Husna dan zikir munajat sebelum tibanya waktu Maghrib. Namun, hari ini, mengapakah diri ini terasa amat berat utk ke surau hanya utk solat jemaah? Mungkin juga ini semua ujian Allah swt dikala umur ini meningkat usia. 

Namun, post kali ini bukanlah berkisarkan itu. Hal itu, mungkin lain kali kita boleh borak. Post kali ini saya ingin menceritakan Langkah Pertama memulakan Perniagaan Fizikal. Sebenarnya saya ni tak layak pun nak memperkatakan hal ini. Iyalah, bisnes pun tiada lagi, dah nak beri tunjuk ajar pada org. Namun, apa yg terbenak di fikiran & hati hendak juga saya kongsikan pada pembaca hasil pembacaan saya mengenai ilmu bisnes. Kalau tak mahu ikut pun tak apa.

Bila masuk usia bekerja ini, sudah tentunya mainstream bagi graduan ijazah spt saya akan memilih pekerjaan makan gaji sebagai pilihan utama selepas menamatkan pengajian. Adalah sebahagian kecil dari kita yg dikurniakan Allah keberanian, kebijakan dan kesungguhan yg amat jitu sehingga mereka boleh terus berkecimpung dlm bidang Bisnes setelah habis belajar. Ada juga sebahagian kecil yg membuat keputusan menyambung pelajaran selepas bersusah payah berusaha mencari kerja, namun kerja yg memenuhi citarasa masih belum jumpa. 

Namun, hakikatnya sebahagian besar kita pasti akan bekerja MAKAN GAJI baik di sektor awam @ swasta. Sebagai permulaan kerjaya, makan gaji merupakan aliran yg paling mudah dan selamat utk menuntut ilmu dan pengalaman. Namun, adakah bagus utk kita makan gaji sampai bila-bila? Ya, memang ada org yg berjaya mengapai dan mencipta kerjaya yg diingini melalui makan gaji. Ada yg sampai jadi Managing Director company yg pada asalnya hanya lepasan universiti yg berjawatan Executive. 
Tetapi, bagi saya, cara yang terbaik utk kita melangsungkan kehidupan seterusnya ialah dengan BISNES. Kenapa ya memilih BISNES? Sbb bila kita BISNES, kita adalah BOSS!! Pentingkah jadi BOSS? Penting!!! Kerana bila kita adalah BOSS, kita boleh menguruskan semuanya mengikut cara kita. Pentingkah mempunyai citarasa sendiri? Ya! Penting, asalkan citarasa kita berkisarkan ingin membangunkan syariat ISLAM dan Nama ALLAH diatas muka bumi. 
Read more ...