Pages

Apa sebenarnya Unit Trust / Unit Amanah? Berbaloi ke melabur dalam Unit Trust.

17.8.21

 Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog ini,

Ok, minggu ini sebagai permulaan, saya nak cerita secara basic mengenai unit trust. (Selepas ini saya akan refer sebagai UT) Dalam bahasa melayunya dipanggil Unit Amanah. Seperti yang telah saya jelaskan pada artikel saya yang lepas, ramai sebenarnya tak mengenali UT dan cara ianya beroperasi. 

Secara basic sebenarnya UT ini adalah salah satu instrumen pelaburan yang sah disisi undang-undang. Pelaburan disini bermaksud suatu kegiatan menanamkan modal atau wang melalui pembelian instrumen kewangan atau aset baik secara langsung mahupun tidak untuk kegunaan lanjut dengan harapan pemilik modal akan mendapatkan sejumlah keuntungan atau manfaat akan datang setelah sekian lama dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan, atau penambahan nilai instrumen.

Ya, UT ni hanya untuk menjana keuntungan. Sebenarnya, banyak lagi instrumen pelaburan yang lain selain UT. Antaranya:

  1. Fixed Deposit
  2. Unit Amanah Kerajaan
  3. Simpanan Tabung Haji
  4. Simpanan Emas
  5. Stock Market
  6. Hartanah 
Selain itu, terdapat juga instrumen Simpanan yang boleh menyimpan nilai aset tetapi dalam masa yang sama boleh menjana sedikit keuntungan seperti:
  1. Akaun Bank Simpanan
  2. Akaun Bank Semasa

Apa yang membezakan UT dengan instrumen pelaburan yang lain ye? Untuk jawab soalan ini, kita kene compare instrumen ini dari sudut potensi pulangan dan risiko yang ditanggung. Kebiasaanya lebih tinggi risiko, lebih tinggi nilai pulangan setiap pelaburan. Boleh rujuk diagram yang saya kongsikan diatas mengikut tangga instrumen pelaburan. 

Risiko disini maksudnya berapa kerap pelaburan berkenaan boleh mendatangkan keuntungan apabila kita melabur. Contohnya, dalam 10 kali pelaburan, mungkin hanya 6 potensi yang akan untung, manakala 4 lagi mengalami kerugian. Potensi keuntungan pula bermaksud, setiap kali keuntungan berlaku, berapa tinggi untuk itu boleh dapat berbanding jumlah modal yang kita keluarkan. 

Ok. Kita tinggalkan instrumen yang lain, mari kita cerita mengenai UT. Selalunya orang ramai akan membanding UT samada dengan Stock Market ataupun instrumen simpanan yang parallel dengan UT seperti Buku Biru, Buku Hijau dan Skim Simpanan Persaraan. Stock market jelas berbeza berbanding UT. Cumanya tempat terakhir wang kita dilaburkan sebenarnya di tempat yang agak sama. Boleh refer diagram dibawah untuk lebih pemahaman. 

Proses Stock Market

Proses Unit Trust

Jika lihat kepada diagram diatas, wang modal dari kedua-dua instrumen ini pada akhirnya akan dilaburkan di Stock Market. Namun, ada sebahagian UT, duit berkenaan juga dilaburkan di Saham Bon, dan juga Money Market. Apa yang membezakan ialah proses transaksi. 

Secara asas, syarikat UT akan bertanggungjawab mengumpulkan duit daripada para pelabur. Duit ini akan diuruskan oleh seorang yang pakar dalam bidang pelaburan dipanggil Fund Manager. Fund Manager berperanan melaburkan duit ini dipasaran Stock Market, Sukuk, Bon dan Money Market. 

Fund Manager boleh secara bebas ke melaburkan duit ini? Tidak!! UT menguruskan duit pelabur dengan menggunakan Fund (Dana). Sebelum pelabur meletakkan duit, syarikat UT akan mempromosikan jenis dana kepada pelabur. Jenis-jenis dana ini mempunyai fungsi yang berbeza mengikut portfolio yang pakar pelaburan kira boleh mendatangkan keuntungan. Antara kategori fungsi yang diambil kira adalah seperti dana lokal ataupun global. Ada juga dana yang fokus kepada Asia ataupun spesifik country. Selain ini ianya boleh juga berbeza dari segi target instrumen. Ada fund yang fokus pelaburan di Money Market semata-mata. Ada yang fokus di Stock Market. Ada juga dana yang bercampur-campur didalamnya. Kategori lain yang diambil kira adalah seperti industri yang dilaburkan seperti teknologi, IT, perindustrian pembuatan, servis, perbankan. Akhirnya ada dana yang patuh Syariah dan ada juga yang tidak. Kesimpulan, Fund Manager hanya boleh melaburkan duit pelabur mengikut portfolia setiap dana. Hanya boleh membeli saham syarikat yang mematuhi portfolio yang ditetapkan. 

Oh, sebelum terlupa, jika dibandingkan dengan instrumen pelaburan parallel yang lain seperti Buku Biru (harap fahamlah bila saya kata buku biru ni), Buku Hijau dan Skim Simpanan Persaraan, UT ni sebenarnya sama je. Nak ikutkan semua yang saya nyatakan ini adalah UT! Sebabnya semua instrumen inipun mengumpulkan duit pelabur / penyimpan untuk dilaburkan di pasaran saham. Cumanya dalam konteks berbeza, tak adalah ianya dinamakan UT secara jelas. 

Sekarang dah jelaskan apa itu UT. Namun, tak perlulah kita nak terlampau teknikal dengan cara UT beroperasi. Yang penting kita tahu tujuan kita menyimpan dalam UT. Cuma nak cerita kat sini yang UT ni ada banyak dana. Ini memberikan peluang kepada kita untuk mempelbagaikan instrumen simpanan kita. Malah, kita boleh melabur ke dana di United State hanya dengan melalui UT je. Nanti diwaktu yang lain saya akan ceritakan potensi pulangan pelaburan dalam UT. Disebabkan terlampau banyak jenis fund, potensi pulangan juga amat berbeza-beza mengikut jenis fund. 

Eh, dah cerita panjang-panjang ni, korang tahu tak yang nak buka akaun UT ni PERCUMA sahaja. Malah sekarang dah boleh buat secara online. Kalau ada yang baca ni berminat nak membuka akaun UT, bolehlah hubungi kami ya. 

Dari itu, kita berjumpa lagi di artikel akan datang ya. Terima kasih kerana sudi membaca. Simpan dengan ilmu, Simpan untuk manfaat. 

Mohd Haniff Mohd Izhar
Unit Trust Consultant
Public Mutual






Tiada ulasan:

Catat Ulasan