Pages

Bagaimana selalunya kita mula mengenali Unit Amanah?

2.8.21

 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pembaca laman blog saya sekalian. 

Hari ini saya ingin bercerita sedikit bagaimana seawalnya saya mengenali Unit Amanah yang seterusnya menjadi salah satu kerjaya bagi saya. Sebenarnya tak ramai orang mengenali Unit Amanah secara mendalam mahupun secara surface. Ini kerana Unit Amanah ni tidaklah dibelajar secara asas samada di peringkat persekolahan atau pun diperingkat universiti. Melainkan mungkin jika kita mengambil jurusan kewangan di universiti, mungkin ianya ada disentuh secara basic. Mungkin sahaja. Saya tak pasti.

Jika dibandingkan dengan akaun simpanan di bank, akaun Buku Hijau, akaun Buku Biru, kebiasaannya kita telah mengetahui mengenai instrumen simpanan ini sejak sekolah kerana telah dididik oleh ibubapa yang membantu membuka akaun berkenaan untuk kita. Ibubapa pun mungkin mengetahui mengenai perkara ini hasil promosi pihak kerajaan di media perdana dan mungkin juga kerana requirement sewaktu memasuki sekolah mahupun universiti.

Berbanding pula dengan instrumen pelaburan saham stok market, kebanyakan kita tahu mengenai perkara ini melalui kata-kata usahawan mahupun melalui berita slot perniagaan di televisyen. Cuma akhir-akhir ini dengan perkembangan media sosial, banyak promosi untuk menyertai instrumen pelaburan saham disebarkan di media sosial juga. Cuma perlu ingat, tak semua iklan tu legid dan benar. Ada juga scammer (Ini kita boleh bincang didalam topik yang lain)

Untuk Unit Amanah pula, memang kita tak akan pernah tahu. Melainkan rezki berita mengenainya datang kepada kita. Untuk saya, pengalaman saya pertama kali mendengar Unit Amanah Swasta ialah semasa mula berkerja di Perlis lebih 10 tahun dulu. 

"Saya kenali Unit Amanah buat kali pertamanya semasa tahun pertama saya bekerja"

Pada masa itu, housemate rumah sewa saya boleh kata setiap hari melaung-laungkan keuntungan menyimpan dengan Unit Amanah ini. Katanya dari simpan dekat sinun, baik simpan kat Public Mutual, return lebih 10% setahun, patuh Syariah pula lagi. 

Saya dengar je masa tu. Ialah kita ni baru mula bekerja. Duit pun baru nak kumpul. Namun hati saya terbuka untuk memulakan simpanan apabila lebih kurang tahun ke-2 saya bekerja, ada agen Public Mutual yang datang membuka booth di dalam Kilang tempat saya bekerja. 

Kenangan tak silap masa ni saya submit borang pelaburan client saya di Brand Public Mutual Kluang

Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menyertai ialah kerana kita boleh memulakan simpanan hanya dengan menggunakan duit EPF sahaja dulu. Hanya perlu cek kelayakan, jika cukup syarat, just perlu isi borang. Agen akan uruskan selebihnya. Selain itu, saya juga memulakan simpanan menggunakan cash sebanyak RM2000 hasil simpanan saya bekerja setahun di situ. (Masa ni bujang lagi, komitmen tak banyak, itu yang boleh menyimpan)

"Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menyertai ialah kerana kita boleh memulakan simpanan hanya dengan menggunakan duit EPF sahaja dulu. Hanya perlu cek kelayakan, jika cukup syarat, just perlu isi borang. Agen akan uruskan selebihnya."

Selain itu, pada waktu itu, proses pengeluaran Unit Amanah tidaklah semudah hari ini. Nak jual perlu melalui Agen. Disebabkan susah itulah saya fikir ini tempat paling baik untuk menyimpan supaya tidak terusik. Namun, pada hari ini proses pengeluaran Unit Amanah tidaklah sesenang pengeluaran menggunakan Kad Atm. Masih perlu ke branch atau pun boleh dibuat secara atas talian di laman Public Mutual Online. Itupun duit bukannya dapat on the spot, kene tunggu 5-7 hari juga. So, kira masih terpakailah teori tempat simpanan yang agak sukar untuk dikeluarkan.

Itulah 1st time saya dengar mengenai Unit Amanah. Namun itupun saya tak mendalami ilmu Unit Amanah secara mendalam sehingga tahun 2017 dinama saya telah diapproach oleh agen baru yang telah mempermainkan saya. (Ini pun saya akan cerita di topik yang berasingan) Disebabkan insiden inilah saya bertekat untuk menjadi agen sendiri dan mendalami ilmu Unit Amanah. 

Cuma nak cerita di sini sebenarnya, tak ramai yang tahu pasal Unit Amanah ini. Hanya insan terpilih yang terserempak dan ingin ambil tahu sahaja yang akan mendapat manfaat. Alhamdulillah jika anda menemui blog ini lebih awal samada sewaktu anda masih belajar dan belum dialam pekerjaan lagi. Mulalah mendalami instrumen pelaburan dan simpanan ini sedari awal. Tak rugi pun. 

Namun, pada anda yang hanya baru menemui Unit Amanah ini sewaktu sudah lanjut usia seperti ketika berumur 40 tahun ke atas, jangan risau masih belum terlambat untuk memulakan simpanan hari tua anda. Anda masih berpeluang untuk menggandakan duit anda walaupun hanya berbaki kurang 10 tahun dari tahun pencen. 

Apa yang penting, mula rancang kewangan kita bermula hari ini. Terutamanya perancangan kewangan untuk jangka panjang. InsyaAllah, saya sudi menjadi guidance jika ada yang memerlukan bantuan. 

Dari itu, sekian sahaja coretan saya mengenai Unit Amanah untuk kali ini. Ingat, Simpan dengan ilmu, Simpan untuk manfaat. 

Mohd Haniff Mohd Izhar
Unit Trust Consultant
Public Mutual

Tiada ulasan:

Catat Ulasan