Pages

Kenapa Orang Beriman Berjiwa Tenang

18.2.11
Dalam hidup yang fana ini, mesti kekadang kita ada tertanya-tanya pada diri, adakah kita ini telah beriman ataupun tidak? Ataupun cukupkah iman kita setakat ini untuk meraih Syurga Allah swt? Benarkah laluan yang kita ambil pada hari ini dalam hidup kita atau adakah kita telah terpesong jauh dari apa yang dikehendaki oleh Allah?

Persoalan ini timbul bertubi-tubi apatah lagi hidup kita hari ini dikelilingi oleh ramai orang lain yang mempunyai pelbagai tafsiran tentang kehidupan ini. Kadang-kadang ianya membuatkan kita keliru tentang makna Kebaikan mengikut perspektif pelbagai pihak. Contohnya ambil saja isu ini, ada pihak yang mendakwa seorang yang bersalaman dengan memakai sarung tangan adalah sesuatu yang tidak, namun bagi yang beragama Islam sudah tentunya tahu seorang yang menjaga adab tatasusila yang berusaha mengelak dari bersentuhan dengan bukan Muhrim adalah suatu yang Baik. Jadi di sini, manakah satu yg baik? Bagi orang yang faham benar perkara ini, tentu tiada was-was untuk memilih yang mana, namun bagi adik-adik generasi muda yang terdedah kepada pelbagai ideologi akhir-akhir zaman ini, mereka mungkin boleh keliru dengan situasi ini.

Namun, ada cara utk mengukur keimanan kita. Semalam saya ada menyertai Usrah yang diadakan oleh Pertubuhan Ikram cawangan Perlis, dalam Usrahnya ada seorang ahli yang mengetegah kan penulisan Dr Yusuf Qardawi, mengenai Islam dan Kehidupan. Tajuk yang diterangkan adalah mengenai Orang yang Beriman memiliki Ketenangan Jiwa. Akan saya kupas serba sedikit didalam ruangan ini.

Jadi, apa yang menyebabkan orang beriman(mempunyai pegangan) mempunyai jiwa yang tenang berbanding orang yang tak beriman(tidak langsung mempunyai kepercayaan)?

Ada beberapa aspek yang saya akan rungkaikan kali ini. Berikut merupakan beberapa sebab Orang beriman Tenang jiwanya.


1. Beriman mempercayai adanya kewujudan yang Maha Pencipta (God) merupakan FITRAH kejadian manusia.
Sesungguhnya mempercayai kewujudan Tuhan yang menjadi pencipta sekalian alam ini merupakan perasaan FITRAH bagi manusia. Ni maknanya, manusia nak ke taknak ke perasaan ini tetap Allah beri perasaan ini pada manusia. Ini kerana Allah swt telah lahirkan manusia dalam keadaan mempunyai rasa Takut. Sekalipun orang yang mengaku menjadi TUHAN seperti Firaun, tidak besar kecil pun pasti terdetik dihatinya tentang kewujudan Maha Pencipta yang sebenar. Kalau tak masakan dia mengaku kewujudan Allah sebaik sebelum kematiannya. 

2. Orang Beriman telah mengetahui Jalan yang akan mereka lalui samada Jalan sewaktu di Kehidupan ini dan Jalan sesudah Kematian nanti.
Orang yang tiada pegangan agama akan langsung tiada idea akan apa yang akan berlaku pada mereka selepas kematian. Oleh itu, orang begini akan mereka-reka apa yang terjadi pada diri selepas kematian. Ada yang kata, kita akan lenyap begitu shj. Tak kalah juga yang kata kita akan dilahirkan semula diatas muka bumi ini!!!! Akibat ketidakpastian ini, maka wujudlah ketidak tenteram keatas tiap perkara yang dilakukan di Dunia ini.

3. Orang Beriman telah mempunyai manual tentang kehidupan dan tak perlu tercari-cari lagi
Manual Orang Beriman sungguh lengkap!!! Dari segi perbuatannya, fahamannya, syariahnya, tauhidnya, muamalatnya dan sebagainya. Jadi tak perlu lagi kita perlu berfikir jalan mana yang perlu kita lalui samada Nasionalisma, Sosiolisma, Komunisma dan sebagainya. Maka akan tenteramlah jika Org Beriman dengan menual yang telah siap sedia lagi benar ini.

4. Orang Beriman tidak akan "berkalau"
Perkataan "Kalau" inilah sebenarnya membawa kepada bisikan Syaitan. Kalaulah yang penyebab kita TENSION bila tak dapat lakukan sesuatu perkara. Ini kerana, bila dah berkalau, pasti kita menganggap alangkah baiknya dapat melakukan sedemikian yang mana perasaan ini hanya menimbulkan kekesalan yang dalam dalam diri selain menolak Qada' Qadar Allah swt.

5. Orang Beriman mempunyai pegangan @ target hidup yang tetap/mapan/lagi releven untuk seluruh kehidupannya.
Orang Beriman telah mempunyai target dalam kehidupan!! Jadi mahu TENSION apa lagi? Tujui sahaja target yang telah ditetapkan itu!! Takbir! Allah hu Akhbar!!!
So, nilaikanlah dalam diri, samada kita mempunyai nilai-nilai ketengangan yang dipunyai oleh orang yang beriman ini. Wallahualam.

~Haniff Izhar~

2 ulasan:

  1. astaghfirullah...aku pun kdg2 berkalau jugak...ish3~

    BalasPadam
  2. Tulah.. Kita budaya Orang Melayu ni banyak betul berkalau kan.. =)

    BalasPadam