Pages

Formula lengkap untuk kejayaan. Nak kaya? Nak senang? Nak bahagia?

26.9.16

Sering kali kita merungut betapa sukarnya kehidupan pada hari ini. Apatah lagi niat untuk menjadi seorang yang baik. Selalu sangat kita dipijak oleh orang.

Islam itu lengkap..

Islam telah tunjukkan jalan dan manual untuk kehidupan..

Namun, seringkali manusia sisihkan Islam..

Ada beberapa solat yang patut kita amalkan supaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.
Supaya kehidupan kita dipermudahkan.

Jom tengok apa solat berkenaan!!

Solat Dhuha
Anda nak dimurahkan rezki, mari buat solat dhuha.


Solat Tasbih
Inginkan ketenangan jiwa sepanjang masa? Lakukan solat tasbih ketika dinihari.

Solat Hajat
Anda beringinkan sesuatu? Mintakan pada Allah swt

Solat Istikharah
Anda buntu dalam mengorak langkah seterusnya dalam kehidupan? Anda tak tahu nak pilih mana satu pilihan kehidupan? Lakukan solat ini. Allah akan buka jalan untuk anda.

Solat Tahajjud
Inginkan keselamatan didunia dan akhirat. Lakukan tahajjud!! Dalam banyak solat, yang ini paling susah kerana kene bangun tengah malam. Namun, yang susah itulah ganjarannya juga besar.

Admin sendiri masih berusaha untuk menambahkan amalan-amalan yang baik seperti ini sebagai bekalan kita di hari akhirat. Dalam kesibukan kita seharian, dalam keletihan kita mengejar kekayaan dunia, jangan kita lupa untuk sujud pada Allah swt diakhirnya.

Kredit kepada yang membuat material ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan