Aku terbaca dalam surat khabar Akhbar Metro semalam (13 Mei 2010), bermula hari ni sampai hari Ahad ni,
Kementerian akan mengadakan Karnival Hari Belia 2010 di Putrajaya. Menarik berita ni, selalunya hari belia just ada majlis peringkat negara, tapi kali ni tiap ada karnival gitu. Kalau tengok activitinya memang pelbagai, terbahagi kepada lapan acara iaitu:
- Kesenian
- Ekspo dan Pameran
- Penyertaan Swasta
- Kreatif dan Inovatif
- Kerohanian dan Kebajikan
- Sukarelawan
- Kemajuan dan Pengiktirafan Belia
- Sukan, permotoran dan rekreasi..
Aku rase yang bhgn sukan permotoran tu mesti byk autoshow tue. Mcm kat UIA dulu mase Engitex. Yang inovatif and kreatif tu mesti byk pasal robotik dan rekacipta terbaru. Tengok dari gayanya memang nampak menarik, so insyaallah ptg ni lepas Solat Jumaat aku nak jengok sane kejap. tu pun kalau tak hujan la. So, rakan-rakan sekelian yg mana ada di sekitar lembah jaya, Mai ramai2 kita ke
Putrajaya, kita tengok apa yang ada.
Mana yang dirasakan baik itu, yang berguna tu, kita ambil..
Mana yang tak berapa baik tue, kita buatlah jadi tauladan. Tak semestinya sesuatu yang dari pemerintah itu baik semuanya. Yang buat semua ni manusia juga, ada kelemahan.
Mungkin ada acara dan pendekatan yang digunakan itu lebih kepada acuan dunia daripada acuan untuk mendekatkan diri kepada yang Maha Pencipta. So, pepandai la absorb mana yang patut ya. Dari itu,
Salam Hari Jumaat. Penghulu sekalian hari..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan