Bersempena dengan kedatangan Bulan Ramadhan yang amat mulia ini, saya Haniff Izhar mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua Muslimin dan Muslimat. Ingatlah bulan Ramadhan ini datangnya setahun hanya sekali, dan berkatnya bersamaan dengan 1000 bulan, jadi marilah kita memanfaatkanya dengan sepenuhnya.
Antara Fadhilat bulan Ramadhan yang selalu di sebut-sebut orang ramai ialah.
"Ganjaran amalan sunat di bulan Ramadhan bersamaan dengan ganjaran amalan Fardhu di bulan-bulan yang lain, manakala ganjaran amalan Fardhunya bersamaan dengan ganjaran untuk 70 amalan Fardhu di bulan-bulan yang lain"
Lihatlah, betapa besarnya ganjaran di bulan Ramadhan. Tapi malangnya, pada hari ini masyarakat kita lebih berlumba-lumba untuk mendirikan bisnes dan mengambil keuntungan materialistik sempena kedatangan Ramadhan. Katanya Ramadhan ini lubuk KEUNTUNGAN.
Lihat sajalah orang ramai berpusu-pusu menyertai bazaar dan pasar Ramadhan. Sehinggakan amalan fardhu seperti solat Magrib diabaikan. Apabila badan sudah penat, solat sunat terawih juga tidak dapat dilaksanakan. Ketahuilah, semua ini ujian daripada Allah swt. Allah ingin menguji keimanan kita dengan melimpahi rezki dunia dan akhirat di bulan ini. Jadi, bahagilah masa kita dengan sebetulnya. Perbanyakkan amalan untuk akhirat kerana ganjaran berganda-ganda dari keuntungan dunia yang kita dapat tadi.
Selain itu, saya ingin mengingatkan diri yang lemah ini serta sahabat pembaca sekalian, dalam bulan Ramadhan, bukan sahaja ibadah puasa yang perlu kita lakukan. Bulan Ramadhan lebih dari itu, dimana setiap amal ibadah yang kita lakukan, ganjarannya lebih berbanding bulan lain. Jadi, lakukanlah ibadat Fardhunya serta Sunatnya. Moga-moga kita semua mendapat rahmat daripada Allah swr. ~ Haniff Izhar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan