Sepanjang aku menjadi penganggur sementara menunggu panggilan untuk bekerja ini, maka banyaklah waktu terluang yang banyak aku habiskan dengan berangan, berfikir dan muhasabah diri. Tak kurangnya juga aku cuba untuk memperbanyakkan solat berjemaah dan mendengar ceramah agama di masjid dan surau. Ditambah dengan kedatangan bulan yang amat mulia ini di dalam Islam, maka banyaklah masa terluang ini aku penuhi dengan beramal ibadat. Namun, tak tahulah aku samada amal ini diterima Allah swt ataupun tidak.
Namun, apa yang menarik perhatianku ialah masa lapang yang banyak ini telah membuatkan aku berfikir kembali tentang matlamat sebenar kehidupan kita. Saban hari aku mendengar ceramah tentang kehidupan akhirat, kehidupan selepas kematian kita membuatkan aku kembali berfikir. Apakah benar landasan hidup yang aku ambil ini.
Lalu, timbullah kekesalan di hati ini kerana selama 24 tahun hidupku yang lepas terlampau sikit waktu yang disumbangkan untuk hidup yang kekal abadi iaitu di alam akhirat kelak.
- Aku kesal pabila sewaktu di universiti dulu, begitu sukar untuk ku berjemaah dimasjid ataupun surau kerana terlalu sibuk menyiapkan assignment dan study. Padahal, ada sahaja waktu terluang lain yang aku isi dengan bermain game, tidur dan menonton movie.
- Aku juga kesal kerna sewaktu di sekolah agama sewaktu kecil dulu, aku tidak memanfaatkan pembelajarannya bersungguh-sungguh. Aku kesal tidak mempelajari bahasa arab ketika itu dengan dayanya. Akibatnya, hari ini begitu sukar untukku memahami isi kandungan Quran pabila imam membacanya.
Lalu, baru kesedari, jalan yang diomong-omongkan oleh golongan manusia hari ini sebenarnya untuk dunia semata-mata. Arus PERDANA yang di war-warkan hari ini hanya dunia semata.
- Kita belajar diuniversiti, ilmu untuk dunia semata,
- kita bekerja di compeni besar, untuk dunia semata.
- Para pemimpin memwar-warkan kecemerlangan, sebenarnya cemerlang dunia semata.
- Para manager menaikkan pangkat, kerna pencapaian dunia semata.
Pendek kata semua yang di war-war di media,saluran Perdana hari ini adalah DUNIA semata. Jadi janganlah ikut arus ini. Kerana ianya sesat dari cara kehidupan kita sebagai seorang Muslim.
"Memang betul Islam ada kata, study di universiti itu pun jihad. Tapi betulkah semua study kita itu jihad jadinya jika kita gunakannya semata-mata untuk mencari keuntungan dunia? "
"Memang betul Islam ada kata bekerja dengan syarikat itu Jihad, asalkan syarikat itu beroperasi dengan operasi yang halal. Tapi betulkah kerja itu Jihad jika penuh dengan wasangka dan berniatkan bangga diri dengan pangkat dan ingin menjadi yang terbaik dikalangan masyarakat?"
Jadi mulai saat ini, aku mengajak diri dan kawan-kawan agar melebihkan saham pelaburan kita untuk akhirat. Bukannya diri ini ingin melarang untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk dunia. Namun, niatnya biarlah betul. Bekerja untuk Allah swt, maknanya mengharapkan gaji yang kita dapati itu, sikit di khaskan untuk keperluan diri dan keluarga untuk meneruskan kehidupan, selebihnya untuk jalan Agama. Berdakwahlah!!!. Andai kita telah punyai pangkat kelak, ambillah peluang untuk menyebarkan agama Islam, bukan shj kepada yang kafir, lebih2 lagi kepada yang ISLAM tetapi telah jauh menyimpang. Andai kata kita berpeluang untuk menjadi pemimpin masyarakat, contohnya perdana menteri, ambillah kesempatan itu untuk memperkenalkan Islam. Bukannya dengan memperkenalkan ideologi sendiri dengan harapan rakyat akan lebih menyanjungnya dengan ideologi yang belum tentu betul. Pendek kata, apa yang diusahakan untuk dunia ini, akhirnya perlulah di linkkan untuk saham kita di akhirat nanti.
Jangan jadi macam banyaknya orang hari ini, termasuklah yang mengaku diri masing-masing Islam.
- Belajar, untuk dapat degree, supaya boleh dapat kerja yang tinggi gaji. Niat belajar mati di situ sahaja tanpa ada niat jihad untuk agama.
- Bekerja untuk dapat duit agar menjadi orang yang lebih kaya. Niatnya mati di situ sahaja tanpa sedikitpun niat untuk melabur ke jalan Allah.
- Ada duit, beli kereta kamain mahal, TV kamain besar, rumah kamain gah, namun, sedikitpun tak terfikir untuk diderma ke Badan Zakat supaya ekonomi Islam semakin maju.
- Ada masa terluang, lagi suka pergi tengok movie, karaoke, main bowling, pergi spa, pergi saloon, pergi shopping, sikitpun tidak sedar umur makin pendek, amal ibadat tetap tak bertambah.
- Kemudian hidup di isi dengan perkara lain tak tak perlu pun untuk kehidupan di akhirat, seperti melancong ke luar negara, pergi UKlah, USlah, Australialah, balik-balik makin ghairah dia menjauhkan diri dari Allah.
Akhirnya, aku merintih, bilakah Islam akan kembali bangun seperti yang di janjikan oleh Allah swt? Setidaknya. aku ingin melihat persekitaran kehidupan Islam seperti dizaman Rasulullah di Malaysia sahaja. Sayangnya, mustahil untuk berlaku jika penghuninya masih belum ada kesedaran. Bagiku Malaysia bukanlah Negara Islam, sebaliknya Malaysia adalah Negara yang hanya Berpemimpin yang Mengaku Islam, pada hakikatnya, hati majoriti pemimpin dan rakyat Malaysia langsung tak pernah memperdulikan tentang nasib agama Islam di bumi Allah ini kelak.
Apa yang penting mereka berharta, berpangkat dan girang dengan wanita, tarian, hiburan, dan perhiasan yang sentiasa ada di sekeliling mereka.
Insaflah manusia, sahabat-sabahat teman handai. Kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar, bukannya cara hidup Islam Liberal yang banyak di war-warkan oleh media arus perdana hari ini. ~ Haniff Izhar ~
waah anep. aku setuju dgn ko. marilah same2 kite increase kan amal ibadah n amaln kite, persiapan menuju akhirat kelak..
BalasPadamperingatan yg baik....time kasih:)
BalasPadam