Seiring dengan perkembangan teknologi, kini kita boleh mendaftar untuk menjadi Pelabur Unit Amanah secara online sahaja. Tak perlu jumpa agen Unit Trust atau hantar borang ke kaunter Public Mutual dah. Namun, adalah dinasihatkan orang ramai yang berminat untuk memulakan Simpanan dalam Unit Amanah untuk mendapat khidmat nasihat dari Unit Trust Consultant dahulu sebelum langkah permulaan dilakukan.
Ikuti langkah berikut untuk membuat pendaftaran.
KEPERLUAN SEBELUM MEMULAKAN PENDAFTARAN
- Perlu ada softcopy scan Kad Pengenalan depan dan belakang berbackground
- Dalam format Jpeg
- Saiz fail di bawah 1MB
STEP PERTAMA : Pergi ke website https://www.publicmutual.com.my
STEP KEDUA : Alihkan cursor ke atas butang "Register/Login" di atas kanan website. Pilih pilihan "New Investor"
STEP KETIGA : Scroll ke bawah dan klik "Click to Enrol Online"
STEP KEEMPAT : Isi maklumat No Kad Pengenalan, No Handphone dan pengesahan dalam tab "Tell us about you". Tekan NEXT
STEP KELIMA : Public Mutual akan menghantar PAC no ke no handphone kita untuk mengesahkan no berkenaan genuine kita yang punya. Masukkan no PAC yang diterima dan tekan "next"
STEP KEENAM : Isikan maklumat yang berkenaan di dalam tab "Personal"
Rujukan untuk bahagian ini (Kebiasaannya):
Other Foreign Tax Resident: NO
US Tax Resident: NO
Name: Sila isikan nama penuh seperti di dalam Kad Pengenalan
Selepas isi maklumat E-mel, klik "Request Email Code". Pergi ke email anda dan periksa emel dari pihak Public Mutual yang mempunyai Email Code. Periksa di dalam ruangan Spam jika tiada didalam ruangan Inbox.
Selepas isi Email Verification Code, tekan Next.
STEP TUJUH: Isikan maklumat alamat kediaman anda dalam tab "Contact"
Isi di bahagian "RESIDENTIAL ADDRESS"
TIDAK perlu isi ruangan MAILING ADDRESS jika Alamat Penghantaran sama dengan alamat tetap. Hanya perlu Tick pada kotak.
No telefon rumah tidak perlu diisi jika tiada.
Tekan Next
STEP LAPAN: Isikan maklumat kawangan di dalam tab "Financial Profile & Employment"STEP SEPULUH : Bina ID dan password untuk akaun Public Mutual Online anda. PMO ni gunanya untuk tujuan monitor simpanan kita dalam Public Mutual secara online. Selain itu kita juga boleh membuat proses jual beli Unit Amanah melalui portal online ini.
STEP SEBELAS : Klik Agree pada verification Bank Akaun ini
STEP DUA BELAS : Anda perlu upload copy scan Kap Pengenalan anda yang berbackground putih. (Gambar tidak diterima) Pastikan jelas tulisan dan gambar. Upload di page ini. Kemudian tekan next.
STEP TIGA BELAS: Anda akan menerima emel dari pihak Public Mutual apabila staf Public Mutual telah menyemak permohonan anda samada berjaya ataupun gagal.
Setelah pendaftaran berjaya, sila hubungi Konsultan anda untuk melakukan Ujian Sustanability Assesment untuk menentukan tahap risiko simpanan yang anda sanggup hadapi.
Diharap panduan ini dapat membantu anda dalam mempermudahkan cara untuk mendaftar sebagai Pelabur dalam Unit Amanah.
**Step ini dikemaskini pada 6 Jun 2021. Perubahan mungkin ada pada step sebenar pada website Public Mutual selepas dari tarikh ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan