Tahukah korang bagaimana sistem bank dan sistem percetakan duit berfungsi? Bagaimanakah duit ini dicipta suatu ketika dulu? Kalau korang pernah bergaul dengan pakar ekonomi ke, dengan lecturer ekonomi korang ke, pasti dia pernah berkata bahawa duit hari ini dihasilkan dari sumber yang tiada (Money is created out of nothing). Percaya atau tak, mari kita ikuti kisah simple dibawah, sebagai pentomin yang boleh disamakan dengan kisah ekonomi dunia hari ini.
Suatu ketika dahulu, ada sebuah pulau yang bernama Pulau Isketambola yang dihuni oleh penduduknya yang hidup aman damai dan tenteram. Penduduk pulau ini tak pernah kenal dunia luar melainkan dunia tempat mereka duduki iaitu di Pulau Isketambola. Mereka suka bercucuk tanam, menternak binatang ternakan dan memungut hasil bumi ciptaan Allah ini.
Pada mulanya jumlah penduduk hanya terdiri daripada ahli keluarga. Di sebabkan hubungan saudara, maka tolong menolong dan bantu membantu antara mereka adalah perkara biasa. Selain itu, adalah sukar untuk hidup bersendirian tanpa pertolongan dari orang lain kerana seorang tentunya tidak boleh menyiapkan semua keperluan seperti bercucuk tanam sayur, menternak binatang, berladang, memungut hasil bumi, menjahit baju, membuat rumah dan sebagainya. Oleh itu, bantu-membantu adalah jalan paling baik untuk memenuhi keperluan hidup.
Apabila populasi penduduk semakin berkembang, ada di kalangan penduduk yang sudah tidak mengenali penduduk lain kerana hubungan persaudaraan yang semakin jauh. Walaupun, bantu-membantu masih lagi dikekalkan, namun, tidaklah seerat sewaktu bersaudara suatu ketika dulu. Jadi, untuk mewujudkan keadilan, ketua kampung Tuan Sadik Sigaraga telah memperkenalkan konsep barter di mana barang ditukarkan dengan barang. Dengan ini petani boleh juga merasai hasil ternakan tanpa perlu menternak binatang dan penternak juga boleh merasa sayur-sayuran tanpa perlu bertani.
"Akhirnya, wujudlah suatu perbandingan standard kebiasaan, contohnya seekor ayam biasanya berbaloi jika ditukar dengan 10 rumpun sawi."
Zaman melangkaui zaman, budaya yang sama tetap berjalan dengan lancar dan aman dan damai. Ada juga penduduk yang berhutang barang dengan penduduk lain, namun hanya nilaian barang yang dipinta apabila membayar balik hutang nanti.
"Jadi, masa langsung tidak menjadi faktor kepada perubahan perkembangan ekonomi. Ekonomi berjalan seperti biasa dimana semua penduduk mendapat bahagian masing-masing mengikut usaha. Sesungguhnya hasil bumi Allah amat luas, jadi tak perlu berebut, itu pendapat mereka."
Tidak lama selepas itu, dengan adanya kecerdikan penduduk, ada dikalangan penduduk yang menemui emas. Kerana kecantikannya, serta di gilai oleh kaum wanita, maka emas diletakkan sebagai nilai tukaran tertinggi dimana mereka menggunakan berat untuk menentukan nilai emas. Disebabkan nilai emas yang tinggi, bermakna bawa sedikit sahaja sudah boleh ditukar dengan pelbagai barangan, maka penduduk yang mempunyai sumber emas ini gemar menggunakan emas sebagai barang tukaran. Pada waktu ini, emas masih belum dibentuk. Maka, tersebarlah logam emas yang bernilai ini ke seluruh Pulau Isketambola yang mana sebenarnya emas ini datang dari penduduk yang melombong emas.
Apabila melihat penduduk gemar menggunakan emas sebagai bahan tukaran, maka ketua kampung Tuan Sadik Sigaraga terpikir untuk menjadikan emas sebagai suatu madah untuk tukaran barangan. Lalu, dia mengumumkan untuk membentuk emas yang dimiliki oleh penduduk dalam bentuk syiling agar nilainya mudah dikira. Maka berkumpullah penduduk ditempat membentuk emas dengan membawa emas masing-masing. Diserahkan emas itu kepada ketua kampung untuk dibentukkan, pabila selesai membentuk, emas itu diserahkan balik kepada tuan punya emas dalam bentuk syiling. Dipendekkan cerita nilaian sebuah syiling boleh ditukar untuk membeli seekor ayam. Maka penduduk pun menggunakan emaslah sebagai barang tukaran utama atau hari ini diberi nama wang tukaran.
"Suatu hari, kelihatan sebuah kapal berlabuh di tepian Pulau Isketambola. Lalu pemiliknya pun turunlah ke pekan Pulau Isketambola bertemu dengan penduduk pulau. Namanya Tuan Haji Bakhil. Pada mulanya Tuan Haji Bakhil memperkenalkan para penduduk dengan barang dagangan dari atas kapalnya yang tak pernah mereka temui. Lalu penduduk pulau berasa berminat dengan kedatangan Tuan Haji Bakhil dan menjemputnya bertemu dengan ketua kampung, Tuan Sadik Sigaraga."
Apabila bertemu saja Sadik Sigaraga, Tuan Haji Bakhil membawa sekali suatu barangan yang agak pelik. Bila melihatkan penduduk pulau berkenaan menggunakan emas sebagai matawang, inilah peluangnya untuk melebarkan sayap. Katanya kepada Tuan Sadik, ini alat mencetak duit. Gunanya sebagai gantian kepada Matawang Emas katanya. Lalu Tuan Haji Bakhil menyampaikanlah dakyah Duit Kertasnya secara jelas kepada seluruh penduduk Pulau Isketambola. Katanya, wang kertas ini adalah sebagai wadah untuk jual beli.
"Caranya begini, emas yang anda semua ada sekarang ini adalah dalam keadaan tidak selamat jika di simpan di rumah sahaja. Mungkin boleh dirompak dan dicuri oleh orang. Oleh itu, adalah baik jika emas anda semula disimpankan oleh saya di tempat simpanan yang selamat dan dalam masa yang sama saya akan berikan anda satu note sijil yang menandakan anda ada menyimpan emas pada tempat simpanan saya. Jadi, dengan cara ini, anda hanya perlu tukarkan note sijil ini kepada orang lain jika anda inginkan barangan tanpa perlu membawa emas anda kemana-mana. Anda juga pada bila-bila masa boleh saja menebus emas di tempat simpanan ini dengan menggunakan note sijil yang anda pada anda jika anda mahu."
(Tuan Haji Bakhil)
Pada mulanya mereka ragu-ragu, namun Tuan Haji Bakhil tetap juga melaksanakan konsep itu atas secara suka rela. Kalau nak simpan emas kat situ, simpanlah. Taknak pun takpe. Lalu, adalah segelintir penduduk yang cuba untuk menyimpan emas disitu. Bila menggunakan wang kertas, terasa senang pula urusan jual beli, tak perlu membawa emas yang lebih berat. Lalu, tersebarlah budaya Wang Kertas dipulau itu. Penduduk sedikit demi sedikit beralih kepada wang kertas.
Ok, DISINILAH segalanya bermula dimana apabila wang kertas telah digunakan secara meluas. Tuan Haji Bakhil adalah orang yang bertanggungjawab menjaga emas yang disimpan di bilik kebal di tempat yang bernama Bank Isketambola. Tiap hari ada saja orang yang menebus kembali wang kertas kepada emas dan emas kepada wang kertas. Pada puratanya hanya 10% deposit telah ditebus oleh penduduknya pada mana-mana masa tertentu.Andainya jika 100,000 wang syiling emas yang disimpan di bilik kebal (bersamaan dengan 100,000 keping wang kertas yang berada diluar sana), hanya 10,000 sahaja yang diusik keluar masuk. Baki yang lain, 90% (90,000 syiling emas) tinggal dalam bilik kebal.
"Menyedari yang kertas-kertas mereka beredar sebagai wang, Tuan Haji Bakhil menerbitkan tambahan 900,000 kertas – kertas yang akan diedarkan sebagai wang juga! Tuan Sadik Segaraga telah mengira bahawa dengan kertas-kertas tambahan tersebut, sejumlah 1,000,000 helai kertas (100,000 keping wang kertas yang lama + 900,000 keping wang kertas yang baru diedarkan) bakal beredar dan jika orang ramai datang untuk menebus emas, yakni 10%, 100,000 deposit asal duit syiling emas akan mudah didapati untuk penebusan."
(Disinilah bagaimana bermulanya kerosakan pada sistem ekomoni dunia)
Isu 1
"Ini ialah gambaran bagaimana wang dicipta dalam sistem perbankan semasa dalam agregat. Jika rizab ialah 10 peratus, kemudian dengan satu deposit 100,000 satu jumlah pinjaman yang baru telah dapat diwujudkan dengan jumalah 100,000/0.10 = 1,000,000"
900,000 keping wang kertas yang baru diproses ini kemudiannya dipinjamkan kepada fakir-fakir miskin yang terdapat di Pulau Isketambola dengan caj perkhidmatan sebanyak 15%. Dengan tidak semena-mena, kerana lebihan wang kertas yang berganda jika dibandingkan jumlah barangan, harga barangan melonjak tinggi akibat kekurangan bekalan (sebenarnya bukan kurang bekalan tetapi lebihan wang kertas bermakna penduduk berbelanja lebih dan membazir). Persaingan perniagaan juga makin hebat kerana ramai penduduk yang berhutang dan perlu berusaha untuk membayar hutang. Kesannya, masing-masing semakin mementingkan diri sendiri dan kurangnya rasa belas kasihan.
Isu 2
Percetakan wang kertas dan dimasukkan ke dalam sistem ekonomi tanpa mengambil apa-apa nilai barangan dari sistem ekonomi sebagai tukaran akan menyebabkan ekonomi tidak stabil. (Orang akan kaya tanpa sebab dan berusaha(dengan membuat pinjaman), hasilnya orang akan berbelanja lebih dari berusaha). Kesannya, inflasi meningkat dan harga barang meningkat kerana demand melebihi supply (apabila orang hanya berbelanja dan tidak menyediakan supply)Lebih teruk lagi, penduduk yang sebelum ini meminjam dengan Tuan Haji Bakhil, sebahagian daripadanya masih tidak dapat menyelesaikan hutang walaupun telah bekerja keras.Mereka tidak berupaya memperoleh cukup wang membayar kembali jumlah hutang mereka. Akibatnya Tuan Haji Bakhil mula merampas harta-harta orang yang tidak dapat melunaskan hutang seperti hasil ternakan dan tanaman.
Isu 3
"Pinjaman (termasuk faedah) tidak boleh dibayar balik dalam agregat kerana bahagian faedah tidak wujud dalam bentuk wang. Perhatikan yang kepentingan 15% pada 900,000 sama dengan 135,000. Lantarannya jumlah keseluruhan wang yang boleh dibayar balik ialah 1,035,000 tetapi walau bagaimanapun, hanya 1,000,000 wujud dalam jumlah sebagai wang kertas dalam keseluruhan sistem. (Ingat 100,000 dan 900,000 yang dicetak sebelum ini) Oleh sebab itu, beberapa kegagalan pada pinjaman pasti berlaku kerana memang jumlah wang kertas fizikalnya memang berkurangan dari jumlah yang dituntut"
Termasuk dalam senarai Penghutang ini adalah ketua kampung sendiri iaitu Tuan Sadik Sigaraga, namun Tuan Haji Bakhil tidak pula merampas harganya, namun dia memberi mereka lebih wang kertas supaya mereka dapat melangsaikan hutang lama dan mensturturkan semula hutang yang baru. Begitulah berulang berlaku, apabila tidak dapat menjelaskan hutang, Tuan Sadik Sigaraga akan menstrukturkan semula hutangnya.
Isu 4
Sekali lagi, kerana tidak ada cukup wang dalam sistem itu secara keseluruhannya hutang itu tidak boleh dibayar balik dalam agregat.
Hasil rampasan dan strukturan semula hutang ini, Tuan Haji Bakhil menjadi semakin kaya. Habis kebanyakan tanah di pulau itu menjadi miliknya, ramai pula yang bekerja dibawahnya untuk membayar hutang. Penduduk jatuh miskin sedangkan dia semakin hidup mewah dari asalnya hanya sebuah mesin cetak yang dibawanya.
Beliau tidak berhenti disitu , sekarang ialah masa untuk kembali ke tempat asalnya bersama dengan emas – emasnya. Syiling emas tidak dapat ditebus lagi . Sebuah Bank Pusat ditinggalkan untuk penduduk Pulau Isketambola. Tuan Haji Bakhil membuat Bank Dunia ditempatnya, dimana semua bank pusat diletakkan dibawahnya. Sementara wang cetakan Pulau Isketambola hanya laku di Pulau itu sahaja. Wang cetakan Tuan Haji Bakhil di Bank Dunia pulak laku di serata dunia.(Ibarat USD pada hari ini) Bergembiralah Tuan Sadik Segaraga diatas kekayaannya memiliki kekayaan dunia dengan mencetak wang yang diperlakukan di seluruh dunia.
So, kita masih nak menyokong sistem ekonomi anjuran barat ini? Fikir-fikirkanlah.. Ekonomi hari ini memang sudah mengalami kerosakan dan tak boleh diperbetulkan lagi akibat mainan INTEREST ini. Seperti yang saya cakap di atas, nilai jumlah HUTANG diseluruh dunia melebihi bilangan wang kertas yang dicetak. Kalau dah Wang Kertas yang dicetak pun tak cukup untuk menampung hutang ini, bagaimana semua hutang ini hendak dijelaskan secara serentak?? Pasti ada hutang yang tidak dapat dilangsaikan!!! Konfem!!! ~ Haniff Izhar
ffuuuu...tq atas penjelasan ni...siap wat dlm bentuk cite lg...mudah difahami...hehe;)
BalasPadamDiharap dapat beri kesedaran kepada semua cendikiawan terutamanya Graduan2 kita ni, betapa ekonomi dunia hari ini sudah teruk..
BalasPadamSalam jiran...
BalasPadammantap la penjelasan melalui penceritaan...
emas adalah aset sebenar..
mari beli dinar emas..=)
Yaaa!! Dinar Emas.. Hahaa...
BalasPadamterbaik anep. xterpikir plak aku.
BalasPadamishhh tak paham laa.. yang part ayat "Menyedari yang kertas-kertas mereka beredar sebagai wang, Tuan Haji Bakhil menerbitkan tambahan 900,000 kertas – kertas yang akan diedarkan sebagai wang juga! Tuan Sadik Segaraga telah mengira bahawa dengan kertas-kertas tambahan tersebut, sejumlah 1,000,000 helai kertas (100,000 keping wang kertas yang lama + 900,000 keping wang kertas yang baru diedarkan) bakal beredar dan jika orang ramai datang untuk menebus emas, yakni 10%, 100,000 deposit asal duit syiling emas akan mudah didapati untuk penebusan."
BalasPadam(Disinilah bagaimana bermulanya kerosakan pada sistem ekomoni dunia)
maksudnya bagaimana ek? kurang sikit common sense saya
Senang citer la.
BalasPadamPada asalnya.
Jumlah emas dlm bilik kebal = 10
bersamaan jumlah duit kertas yg berlegar diluar sana = 10
Dalam satu2 masa = maksimum hanya 1 emas yg penduduk tukar dengan duit kertas..
Lagi 9 emas dlm bilik kebal = tak pernah terusik pun..
(contohnya pagi ni, ali dtg bawak 1 duit kertas, nak tukar ke emas. Lepas ali tukar, kat bilik kebal sekarang ada *1 duit kertas, 9 emas*. Then tgh hari Abu pulak bwk 1 emas utk ditukar dgn duit kertas(mungkin semasa diluar td Ali & Abu membuat urusniaga dlm bentuk emas) Skarang di bilik kebal ada *10 emas* kembali. Petangnya pula, Timah dtg utk tukarkan pula wang kertas ke emas. Jadi, jumlah kembali *1 wang kertas, 9 emas*. Begitulah seterusnya dimana 9 emas ini mmg takkan pernah terusik mengikut rekod & kajian Tuan Haji Bakhil)
Utk memaksimumkan penggunaan 9 emas yg tak terusik ni. Maka dicetakkan lagi 90 duit kertas.
(Diedarkan ke penduduk dlm bentuk hutang)
Sekarang, jumlah duit yg beredar diluar = 10+90 = 100
Kenapa Tuan Haji Bakhil cetak 90? Kenapa tak 100 je?
Sbb klu Tuan Haji Bakhil cetak lebih sgt, maka tak cukuplah rizab emas dlm bilik kebalnya utk ditukar kepada penduduk dlm satu2 masa. Kan dah gitau tadi, 10% mengikut rekod dan kajian Haji Bakhil.
10% dari duit kertas yg berlegar(100 helai) = 10 helai = 10 emas.
Kan 10 emas je yg sebenarnya Haji Bakhil ada. Klu org claim dlm satu2 masa sampai 11 emas, mmg terkantoi le Haji Bakhil menipu.
Dengan erti kata lain, kalaulah org dlm pulau tu berpakat nak tukar SEMUA duit kertas kpd EMAS iaitu 100 duit kertas. Mmg menggelabahla Tuan Haji Bakhil, sbb dia ada 10 emas je, sedangkan org nak tukar ada 100 helai.
Tapi sbb dia bijak, kajian dia buat mmg paling maksimumpun dlm satu masa 10 emas je yg org nak tukar. Takkan lebih punye.