Tanggal 5 Mei 2010, maka berakhirlah tanggugjawab aku sebagai seorang pelajar di UIA. Maka genaplah 6 tahun pengajian ijazah aku. Memang lame nak nunggu habis belajar nie, tapi bila fikir sekali lagi, terasa sekejap sangat pulakla masa tu berlaku. So, pabila diri ini telah grad, apa yang bermain difikiran kta?? Apa lagi kalau bukan mahu mencari kerja. Sam seperti kawan-kawan seperjuangan yang lain, masing-masing dok merancang masa depan mahu di hala ke mana pula lepas nie. Thus, post kali ni (sebenarnya ni post pertama sejak sekian lama aku menyepi dari blogging nie) , aku nak bercerita and member pendapat sikit laa tentang apa yang boleh kita buat lepas grad nie kan.
- Mencari kerja di JOB portal seperti yang biasa dilakukan oleh ramai kawan-kawan aku. Haaa, ni laa choice yang paling slalu dipilih. Yelah, kita dah ada degree, carik la kerja kan. Umur dah 24 tahun, bila lagi nak membalas jasa2 mak ayah kita yang dah semakin lanjut usia itu. Hari ini, carik kerja taklah susah mana. Kalau waktu2 dulu, orang nak carik kerja kene carik melalui surat khabar, choice tak banyak, sakit mata pulak tukan. Kalau tak pun kene pegi merayau sendiri sekitar bandaraya carik kerja kosong. Penat tue, costly lagi. Tapi hari ini, senang, bukak computer berlambak JOB PORTAL ada dalam internet tu. Kita just daftar je, then search kat tenet, bepuluh ribu jawatan kosong keluar kat situ. Itu pun ada yang merungut kenapalah asyik tak dapat kerja lagi ni, padahal baru 2 minggu dia mencari, dah nak giveup.
- Bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat Master dan seterusnya. Ini juga choice yang boleh kita pilih kalau kita berminat nak sambung belajar. Ni slalunyer applicable kat orang nak memang berminat nak menuntut ilmu laa. Tapi pendapat personal aku, aku prefer lepas abis degree ni bekerja dulu. Memanglah ada orang kata dah bekerja nanti sure tak nak sambung belajar dah. Bagi aku itu bukan sesuatu pendapat yang tepat, mungkin tepat bagi golongan yang lemah dan tak cintakan ilmu. Bagi aku, ilmu tu patutnya sentiasa di tuntut walaupun berapa usia kita, hingga lah ke nafas terakhir. Lagi satu stand aku tuk bekerja ialah kerana usia kita dah 24 tahun, kalau belajar full time lagi, ada ke income kita tuk membalas sedikit jasa ibu ayah kita. Mungkin bagi yang ramai adik-beradik memanglah ini tak mejadi masalah, kita tak ada orang lain pun boleh sara ibubapa kita. Namun, adakah kita tak akan menyesal, suatu hari ini tanpa sempat kita menjaga mereka, mereka telah pergi dahulu? Pada masa itu, kita akan termangu, hai mengapalah tidak dari dulu aku berada dirumah menjaga kebajikan mereka…
- Merancang untuk buka bisnes. Haa.. ni pun one of my favorite choice. Tp aku tak layak lagi laa. Bagi yang dah kumpul duit, yang dah ada modal ini mungkin boleh menjagi salah satu option. Yang penting ada niat dan kekuatan dalam diri untuk mendirikan sebuah empayar perniagaan. Bukan senang ni, tak semua orang boleh menjadi pengurus. Sebenarnya soal modal tidak menjadi masalah pada hari ini, banyak loan yang boleh graduan lepasan ijazah apply untuk membuka perniagaaan. Kita just perlu ada atleast 10% of the capital, pun dah cukup dah. Contonnya modal awalnya RM 30000, kita ada RM 3000 dah boleh proceed dah.. Salah satu badan yang member pinjaman ialah PUNB dan MARA. Boleh la apply.
- Lepak-lepak dulu, carik kerja part time sambil menikmati cuti sementari menunggu konvo.Kalau kita penat mencari kerja namun tak dapat2 jugak, mungkin ini boleh manjadi salah satu option. Bukan apa, kadang2 kita perlu berehat seketika dari membuat sesuatu yang penuh dengan arah keduniaan untuk mengenali diri ini. Bukannya berehat suruh menanam anggur, tapi dengan mempunyai masa lapang seperti ini, bolehlah kita muhasabah diri. Bolehlah kita fikirkan apa pencapaian yang telah kita buat dan apa perancangan kita di masa akan dating. Mungkin boleh juga kita bandingkan diri kita 5 tahun dulu dan hari ini. Adakah lebih baik atau lebih teruk. Banyakkah amalan kita jika dibandingkan sewaktu kita sekolah2 dulu sebelum masuk university. Adakah dengan melanjutkan pelajaran kita diuniversiti mendekatkan kita lagi kepada ALLAH ataupun lebih jauh menyimpang daripada ALLAH..
Namun, pucuk pangkalnya, ingin ditekankan disini dalam apa jua yang kita ingin ceburi, pastikan tidak tidak lari dari erti sebenar kehidupan kita sebagai umat ISLAM. Jangan diikutkan sangat arus dunia hari ini, kalau dulu boleh laa nak kata “atleast kita ikut arus perdana”. Namun, hari ini arus perdana itu sendiri jauh penyimpang dari tujuan sebenar penciptaan manusia dimuka bumi. Kalau cari kerja, carilah majikan yang paling kurang pun membenarkan pekerjanya memenuhi tanggungjawab kepada agama. Kalau sambung belajar, mesti ada niat dengan ilmu yang ada itu, akan dibangunkan agama ALLAH dimuka bumi. Jika ceburi bidang perniagaan, pastikan hukum2 ALLAH diutamakan dan niatlah demi berJIHAD di jalan ALLAH. Akhirnya, Ingatlah!!! Apapun yang hendak kita lakukan tidaklah menjadi persoalan besar, yang menjadi persoalan adakah yang dilakukan itu berlandaskan AJARAN ISLAM atau tidak. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan