Setelah sekian lama saya menyepikan diri dari berblogging ini, tiba-tiba terasa nak post something pula. Heheee... OK, straight to the point, korang baca la artikel saya terbaru di bawah ini.
KINI, tiba masanya kita melalui akhir tahun sekali lagi. Maka, selamat tinggallah tahun 2012 and Ahlanwasahlan kepada tahun 2013.
"TAPI!!!!! OPPPSSS!!! sebelum meninggalkan tahun 2012, adakah kita telah melangsaikan hutang kita dengan tahun 2012 ini? Belum lagi rasanya."
Hutang yang saya maksudkan ialah hutang Zakat HARTA. Ramai org hari ini yang sedar akan adanya Zakat Fitrah tapi tak pernah mengendahkan zakat harta. So, kali ni saya ingin bercerita sedikit bagaimana pengiraan zakat-zakat harta yang biasa kita lalui.
Terdapat 3 jenis zakat harta yang biasanya ramai org akan terlibat dengannya, iaitu:
- Zakat Pendapatan
- Zakat Wang Simpanan
- Zakat Emas Pakai / Simpan
Haa, jadi jgn korang igt korang ada harta banyak-banyak, itu hak mutlak korang. Tidak sama sekali, harta semua itu pemberian Allah swt. Jadi kenelah kita memulangkan kembali kpd yg hak sebagai tanda Keimanan dan Ketaqwaan kita kpd suruhan Allah.
Zakat Pendapatan
Setiap pendapatan yang kita perolehi (Rezeki yg Allah kurniakan), hendaklah kita zakatkan. Sikit jaga pun dari amount gaji/untung bisnes yang berpuluh ribu tu. Apa salahnya infak sedikit kepada ummah.
Ok, begini cara kiraannya:
A. Listkan dan totalkan setiap pendapatan yang kita perolehi dalam Setahun H (354 hari)
B. Tolak pula dengan semua perbelanjaan yang boleh ditolak ini (untuk belanja 1 tahun):
- Kos-kos atas pendapatan tadi (kalau kita buat bisnes - makan gaji takde rasanya)
- Had Kifayah Isi Rumah:
- Diri - RM 8200
- Isteri - RM 5000 seorg
- Tanggungan 18thn keatas - RM 2900 seorg
- Anak 7 - 17 thn - RM 2200 seorg
- Anak 0 - 6 thn - RM 1500 seorg
- Tanggungan anak cacat - RM 2400 seorg
- Tanggunagn pesakit kronik - RM 2400 seorg
- Hutang Dharuriat
- Loan kereta (Bulanan x 12)
- Loan Rumah (Bulanan x 12)
- Belanja lain-lain
- KWSP (Biasanya 11% dari pendapatan)
- Simpanan Tabung Haji (Jika ada)
Sebenarnya pengiraan zakat ini boleh berbeza-beza bergantung kepada aturan pemerintah dan keadaan semasa. Ada pejabat zakat negeri masukkan Hutang Dharuriat tu, ada tak masuk. Pengiraan had khifayah pun ada yg lain-lain ikut negeri. Jadi, pilihlah mana-mana yg kita rasa bersesuaian dengan kita berdasarkan atas jalan Iman & Taqwa.
Zakat Wang Simpanan
Zakat untuk wang yang disimpan perlu dibayar apabila wang itu cukup nisabnya dengan kadar lebih dari 1 tahun (354 hari). Ada pelbagai cara mengiraan zakat wang simpanan. Jadi, memang ramai keliru lebih-lebih lagi bila wang disimpan di pelbagai akaun bank yang berbeza.
CARA 1
A. Berdasarkan jumlah baki akaun minimum disetiap Akaun Bank. Oklah mari kita ambil contoh:
Statement Bank A
Jan - RM 3000
Mar - RM 7000
May - RM 9000
Jul - RM 6000
Sep - RM 10000
Nov - RM 11000
Statement Bank B
Jan - RM 7000
Mar - RM 5000
May - RM 9000
Jul - RM 6000
Sep - RM 10000
Nov - RM 8000
Statement Bank C
Jan - RM 10000
Mar - RM 8000
May - RM 9000
Jul - RM 13000
Sep - RM 10000
Nov - RM 8000
Jadi, baki terendah ialah:
Bank A - RM 3000, Bank B - RM 5000, Bank C - RM 8000
Jumlah ialah RM 16,000
B. Kemudian, tengok pula kadar nisab untuk tahun ini. Sbg contoh, utk tahun 2012 kadar nisabnya ialah RM 13000 (bersamaan dengan 85gram emas)
C. Disebabkan Jumlan minimum akaun bank melebihi kadar Nisab, maka kita wajab membayar zakat atas simpanan ini. Kadar zakatnya ialah:
Jumlah simpanan minimum tiap bank x 2.5%
RM 16,000 x 2.5% = RM 400 shj
CARA 2
Namun ada yg mempersoalkan dengan penggunaan cara 1 dimana ada kemungkinan duit terdapat transfer duit diantara bank yg mana ini memberikan statement baki terendah yang tak betul. Jadi, utk menghilangkan keraguan ini, gunalah Cara 2 ini.
Apa yang perlu kita buat ialah Audit tiap akaun kita untuk statemen dalam masa setahun. Dimana baki akhir setiap akaun setiap hujung bulan ditambah untuk mendapat jumlah simpanan semasa. Pengiraan haul hanya bermula bila baki akaun semasa lebih dari nisab tahunan. Contohnya:
Bank A Bank B Bank C Jumlah semasa
Jan 2000 1000 3000 6000
Mar 5000 5000 4000 14000
May 6000 5000 5000 16000
Jul 5000 8000 8000 21000
Sep 4000 7000 7000 18000
Nov 3000 3000 3000 9000
Jika tengok contoh diatas, haul sudah bermula sejak MAR pabila nilai baki akaun melebihi RM 13000 (Nisab semasa). Namun, zakat tak perlu dibayar dalam kes ini kerana haul tidak cukup setahun yang mana jumlah akaun turun ke RM 9000 pada bulan NOV. Jadi Zakat tak perlu dibayar.
Namun, jika baki ini berlarutan sehingga 354 hari, maka zakat perlu dikeluarkan yg mana nilainya 2.5% dari Jumlah simpanan ini.
Zakat Emas
Selain dari Emas yang dipakai mungkin eloh isteri kita atau anak perempuan kita, trend hari ini juga menunjukkan ramai sudah mula menyimpan emas dalam bentuk kepingan seperti dinar emas, bar emas dan sebagainya.
Oleh itu, pengiraan zakat utk kedua-dua kategori ini adalah berbeza kerana penggunaannya yang berbeza.
Pengiraan Zakat Emas Pakai
Secara general, apabila emas yang dipunyai lebih dari nilai nisab dan cukup haul, bermakna emas itu perlu dizakatkan.
Nisab Emas Pakai: 800gram emas x Harga emas semasa (gram)
Haul: Dipakai setahun (354hari)
Zakat yang perlu dikeluarkan: Berat emas(gram) x Harga emas semasa (per gram) x 2.5%
Contoh:
Nilai nisab 2012 = 800g x RM163/gram = RM 130,400
Emas dipakai = 950g
Haul = Cukup setahun dipakai
Zakat perlu dibayar = 950g x RM163/gram x 2.5% = RM3871.25
Pengiraan Zakat Emas Simpanan
Sama seperti zakat emas pakai, jika emas yang disimpan cukup nilai nisab dan haul, maka ia perlu dizakatkan. Bezanya nilai nisab zakat emas simpanan berbeza dari emas pakai.
Nisab Emas Simpan: 85gram emas x Harga emas semasa (gram)
Haul: Disimpan setahun (354hari)
Zakat yang perlu dikeluarkan: Berat emas(gram) x Harga emas semasa (per gram) x 2.5%
Contoh:
Nilai nisab 2012 = 85g x RM163/gram = RM13,855
Emas disimpan = 150g
Haul = Cukup setahun disimpan
Zakat perlu dibayar = 150g x RM163/gram x 2.5% = RM611.25
Jadi, mulai hari ini marilah kita sama-sama menjana dana ummah melalui Zakat. Untuk memudahkan korang membuat pengiraan, saya juga ada sertakan templete excel untuk mengira nilai zakat utk ketiga-tiga jenis zakat harta di atas.
Templete Pengiraan Zakat Harta
sumber gambar: http://savemoney.my, http://www.fuadlatip.com

MUDAH BUKAN!!!!

Akhir kata, selamat beramal. Wallahualam..
sumber gambar: http://savemoney.my, http://www.fuadlatip.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan