Pages

Stargate Operation ~ Part 4 (CIMA Space Shuttle Lunch on 5 March 2011)

7.3.11
Ok, hahaa.. ni sambungan kisah Stargate Universe saya Part 2 yang dulu. Tapi kenapa part 4? Mana part 3 nya? Part 3 saya hold dulu sebab saya interested nak buat part 4 yang lebih syok ni.

Ok, kalau post Stargate saya sebelum ni mengisahkan penemuan main gate to the Universe dalam kilang CIMA ni. Post kali ni pula menceritakan Operasi Stargate CIMA ini telah digantikan dengan Operasi Space Shuttle Lunch. Dengan menggunakan teknologi dan equipment yang sama, rupanya device ni boleh juga menjadi tapak Space Shuttle Luncher.

OK, sebelum saya ke kisah luncher CIMA ni, marilah saya kongsi sikit al-kisah Space Shuttle buatan manusia yang pernah ada pada hari ini. Kenapa ye saya ni minat sangat cerita tentang Space-space ni yee? 

Maybe sebab sejak dari kecil lagi saya ni memang minat dengan Angkasa Raya ciptaan Allah ni. Memang salah satu cita-cita terawal saya (sejak umur 5 tahun, zaman-zaman tadika dulu. Kira Childhood Dream lani), nak jadi Pilot tu, kalau boleh nak jadi Pilot Fighter tu. 


Namun, alangkah kecewanya bila pada umur 13 tahun, dah pakai cermin mata, maka punahlah cita-cita itu. So, saya beralih nak jadi Engineer bidang AeroAngkasa. Tup-tap Tup-Tap la hari, yang just jadi kenyataan tang engineer tu jelah. Dapat la jadi Engineer Heavy Industry. Itulah, kita hanya merancang, yang Maha Memandu arah jalan hidup kita hanya Allah swt. Dan jalan yang dipilihNYA amatlah Perfect!!!

Tengokla apa yang saya ada hari ini, kerja yang mantop (Syukur Alhamdulillah), cukup makan minumnya, dalam masa yang sama boleh selalu balik kampung jumpa Ibu Ayah, Isteri dgn anak-anak je takde lagi.. Wakaka. (Alhamdulillah untuk semua kurniaan Allah swt, semoga kita tergolong dikalangan org-org yg sentiasa bersyukur. Apa tanda bersyukur? Iaitu dengan menturuti suruhanNya dan meninggalkan laranganNya)

Ok, berbalik kepada kisah Space Shuttle, baru-baru ni keluar berita halnya Space Shuttle Discovery buatan US lani tengah menjalani misinya yang terakhir sepanjang hayatnya. So, melihat berita ni, teringin la saya nak tahu apakah sebenarnya Space Shuttle Discovery ni. Selalu memang dengar-dengar nama ja, taktau apa sebenarnya. Setelah di GOOGLE, jumpalah sedikit info di Wikipedia.

NASA Orbital Space Program

Sebenarnya US mempunyai program yang telah dirangka sejak berpuluh tahun dulu yang dinamakan  NASA Orbital Space Program. Program ni pada asalnya berakhir pada tahun 2010 tetapi telah dilanjutkan setahun hingga 2011 (tahun ni lani.) Tak tahu la lepas ni US nak buat program lain pula kekan. Contohnya, program pi Marikh ke kan (hahaa, betapa lemahnya umat manusia, Marikh pun tak sampai lagi. Itupun yang ingkar dengan kekuasaan ALLAH di atas muka bumi ni lagi banyak dari yang Beriman!!!)

Pada asasnya, terdapat 5 operasi utama bawah Program Orbital Space ni iaitu (kiranya ada 5 space shuttle la, US lani dah berjaya buat 5 space shuttle, Malaysia ada apa?? Ada!!! Kereta Proton Perdana untuk Menteri2, itupun akhir-akhir ni kene reject mintak guna Merc balik):
  • Space Shuttle Columbia (1981 - 2003)
  • Space Shuttle Challenger (1983 - 1986)
  • Space Shuttle Discovery (1984 - Now)
  • Space Shuttle Atlantis (1985 - Now)
  • SPace Shuttle Endeavour (1992 - Now)
Daripada lima space shuttle ni, dua daripadanya Crash semasa misi iaitu Columbia dan Challenger. 
Columbia crash pada misinya yang ke-27 sewaktu memasuki ruang udara bumi setelah melakukan misi selama 16 hari. Tarikh kemalangan ialah pada 1 February 2003. Kalau korang peminat rancangan Discovery, mesti penah tengok Dokumentari pasal Crash Event Columbia ni. Semua 7 krew dalam shuttle maut ketika kemalangan.

Challenger pula crash lagi tragik. Terjadi pada 28 Januari 1986 yang masa Shuttle berkecai seribu hanya selepas1 minit dilancarkan!!! (Tak sempat lagi buat misi, dah sampai ajal. Itulah, ajal maut di tangan ALLAH swt.) Katanya sebab kegagalan satu device yang bernama O-ring pada space shuttle itu untuk berfungsi ketika berlepas. Semua 7 krew maut di tempat kejadian.

Bakinya masih terdapat 3 lagi space shuttle yang masih beroperasi hingga ke hari ini. Yang mana semua Space Shuttle ini akan mengadakan misi-misi masing-masing yang terakhir pada tahun ini. (Itu yang saya bacalah, tak tahu betul ke tak). Berikut merupakan schedule misi-misi terakhir untuk tiap space shuttle berkenaan:
  • Discovery - 24 February 2011 (11 Hari) The mission launched at 4:53 p.m. EST on February 24, is carrying the Pressurized Multipurpose Module (PMM) Leonardo, the ELC-4 and Robonaut 2 to the ISS. This is the final mission for Space Shuttle Discovery.
  • Atlantis - 28 Jun 2011 (12 hari)  nternational Space Station resupply using the Raffaello Multi-Purpose Logistics Module and the Lightweight Multi-Purpose Carrier (LMC). The failed ammonia pump module that was replaced in August 2010 is expected to be returned inside Atlantis' payload bay.
  • Endaevour -  19 April 2011. International Space Station assembly mission which will deliver the Alpha Magnetic Spectrometer and the ELC-3 to the space station. This will be the final mission of Endeavour. Originally thought to be the last space shuttle program flight, one additional flight of Atlantis in June 2011 is now planned.
 Discovery Space Shuttle
Atlantis Space Shuttle
 Endaevour Space Shuttle

OK, kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Us Space Shuttle ni, korang baca la sendiri kat WIkipedia tu. Boleh access dari SINI

CIMA Space Shuttle Program 
(tajuk buat gempak!!)

Berbalik kepada Space Shuttle luncher Kilang CIMA tempat saya bekerja ni. Sebenarnya, bukanlah Space Shuttle Lunch pun. Tapi debarannya lebih kurang sama dengan nak Lunch Roket ke angkasa lepas jugak!!!  Kira boleh kasi nama Burner Ingition Lunch laa kot. Haha, sebab ni event nak ingite up the Kiln Burner Gun ( Sumber api untuk burner). Kira macam korang nak masak, korang nak on Api kat dapur korang guna starter. Kalau dapur kat rumah korang, kecil je. Ni Api untuk Kiln (Kiln merupakan sejenis furnace cylinder sepanjang 55 meter berdiameter 4 meter!!!) Ikuti kisah mendebarkan itu di video dibawah.


 Lihatlah, saat-saat yang mendebarkan. Lihatlah wajah-wajah krew yang gembira setelah Burner berjaya di Lunchkan

Photo Snap Shot Luncher yang telah berjaya selepas sehari dilancarkan!! Inner temperature 1500 degree++ Outer Shell temparature up to 500 degree++, panas woo dok sebelah benda ni. Dok seminit pun dah berpeluh)

Berdebar tak? Haha. Saje buat gempak sikit, letak sound effect. Hehee. Enjoy it!!

~Haniff Izhar~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan