Pages

Dah La Kecik, Tak Sedar Diri Pulak!!!

21.9.10
Saya tertarik untuk menceritakan pengalaman saya menaiki motosikal untuk pergi bekerja. Bermula 1 Sept 2010, maka rasanya dah 12 harilah saya menunggang motosikal ke tempat kerja. Dalam 12 hari bermotosikal ini, barulah saya tahu bagaimana rasanya menunggang motosikal di kala waktu puncak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini. Kalau sebelum ini sewaktu di Universiti, begitu senang untuk pergi ke kelas dari Mahallah, kini rasakan betapa payahnya untuk ke tempat kerja setiap hari.

"Namun, apa yang ingin saya kongsikan ialah mengenai sikap pegguna jalan raya di Malaysia. Amatlah sedih saya lihat tahap pengetahuan dan kecerdikan rakyat Malaysia kita ini. Kesian pun ada juga, bagaimana Kerajaan boleh berkata rakyat Malaysia telah di didik dengan pendidikan yang cukup, padahal kecerdikan rakyat Malaysia masih di tahap negara mundur."


Saya lebih fokuskan kepada penunggang motosikal kerana saya lebih banyak lihat kebiadapan penunggang motosikal berbanding pengguna-pengguna lain. Sepatutnya kita sebagai penunggang motosikal (termasuk diri saya) perlu menghormati bukan sahaja peraturan jalan raya, malah pengguna jalan raya yang lain. Selain itu, tak perlulah nak bawa laju-laju, awak tu bawa motosikal sahaja. Saya sendiri, saya biasakan diri untuk membawa 80km/j sahaja kerana pada kelajuan ini mudah untuk kita mengawal motosikal jika berlaku sesuatu dihadapan.

Jadi, mari saya sajikan beberapa peristiwa atau kejadian yang bagi saya memang perbuatan yang biadap.

Peristiwa 1
Kejadian ini berlaku di MMR2 dari arah Cheras menuju ke Ampang. Seperti biasa jalan MMR2 ni kalau peak hour tu memang la sentiasa jem. So, sayalah antara salah seorang penunggang motorsikal yang melalui jalan ini dikala jem. Nak dipendekkan cerita, tatkala saya mencelah-celah dikesibukan kenderaan ini, adalah sorang penunggang yang berada didepan saya ni.

Penunggang ni bawa taklah bahaya mana tapi dia memang suka hon @ pin kalau ada kereta yang menghalangnya. Yelah, kadang-kala ada kereta yang termakan jalan di atas line, kami penunggang motorsikal ni memang selalu menggunakan line jalan sebagai guide untuk mencelah ni. 

"Lebih kurang 2 minit mengekori, akhirnya bas itu memberi laluan, mungkin telah ternampak kami yang mengekori belakang bas. Bila dapat saja laluan, boleh pula mamat tu tendang pintu bas sebagai tanda marah!! Apa lagi, pemandu bas tu hon la tanda membalas kemarahan itu. Memang biadap sungguh mamat tu. "
Tiba-tiba sampai di suatu jalan, bas pula yang blok laluan. Memang tak boleh lalu la sbb sempit. Si mamat ni plak asyik hon bas tu, macamlah pemandu bas tu boleh dengar hon dia. Apa salahnya dia bersabar sehingga bas itu memberi laluan. Lebih kurang 2 minit mengekori, akhirnya bas itu memberi laluan, mungkin telah ternampak kami yang mengekori belakang bas. Bila dapat saja laluan, boleh pula mamat tu tendang pintu bas sebagai tanda marah!! Apa lagi, pemandu bas tu hon la tanda membalas kemarahan itu. Memang biadap sungguh mamat tu.

Peristiwa 2
Kes ini lebih kurang sama je macam kes 1, tapi berlaku di AKLEH highway. Kamu tu dahla penunggang motor, menumpang melalui highway yang sepatutnya bukan untuk penunggang motorsikal pun. Pengguna lain semua bayar tol, kamu guna percuma saja. Jadi cubalah hormat pengguna lain. Sepatutnya penunggang motosikal menunggang di sebelah kiri paling tepi highway dan memberi ruang kepada kenderaan lain untuk menggunakan highway. Namun, ade je segelintir penunggang yang main lalu je bahagian tengah highway. Sudah tu, bila ada kereta menghalang, boleh pula dia hon kereta itu. Kang orang sodok belakang kamu baru tau, jatuh tebalik terus kat situ. Silap-silap hari terus jatuh terhumban ke bawah jambatan seperti eksiden yang berlaku baru-baru ini.

Peristiwa 3
Orang yang buat macam ni mmg takde hati perut betul. Peristiwa ini berlaku di persimpangan Jln Ampang di Tmn Kosas. Waktu itu lampu isyarat merah, adalah seorang perempuan foreigner bangsa arab melintasi jalan. Bersamanya seorang anak kecil berumur dalam 5 tahun dan seorang lagi bayi yg dibawanya dalam kereta sorong bayi. Sedang elok dia jalan melintasi jalan, sampai di tengah-tengah jalan, tiba-tiba lampu menjadi hijau. Saya dengan perasaan simpati, membiarkan perempuan dan anak-anaknya itu melepasi jalan. 

"Namun, alangkah terkejutnya saya motosikal di sebelah kiri saya terus memecut tanpa menghiraukan wanita itu. Wanita itu pula yang terpaksa berhenti memberi laluan kepada motor itu. Apa punya orang daa.. Takda kesedaran sivik langsung."

Jadi, berdasarkan 3 peristiwa ini dan banyak lagi kejadian yang berlaku, bolehlah di katakan rakyat Malaysia ini sebenarnya sudah kurang amalam persaudaraannya. Semua pentingkan diri sendiri. Langsung tiada rasa timbang rasa ke atas insan lain. Yaa, memang ada insan yang molek, baik-baik kat Malaysia ini, tapi berapa kerat je. Banyak lagi sampah dari yang menjadi pendek katanya. Bagaimana kerajaan mengatur sistem pendidikan negara sedangkan apa yang dipelajari langsung tidak diresapi dalam hati dan minda rakyat Malaysia? Ataupun memang sistem pendidikan negara langsung tak pernah mementingkan soal persaudaraan, pergaulan, sosial, adab, tatasusila dan budaya-budaya ketimuran dalam silibusnya? Tak hairanlah masalah sosial di Malaysia makin menjadi-jadi. ~ Haniff Izhar

6 ulasan:

  1. wah anip, aper yg ko tulis tuh betol2 menyuarakan isi hati aku. aku bukan x suka penunggang motosikal, tp bak kata ko, segelintir tuh mmg mcm xder pendidikan langsung.

    peristiwa 1 ngan 2 tuh aku penah kena. pantang tol aku kalo moto hon sbb nak menyelit. bukannyer kita sengaja nak makan jalan. ada yg lagi teruk tau. menyelit, pastuh langgar side mirror, xnak mtk maap. member aku yg calar kete sbb moto menyelit pon ada.

    yg ketiga tuh x yah ckp ar. mmg selalu jer nampak. kekadang, lampu merah lagi dah pecut.

    wah2, well said ar anip. aku mmg setuju 100% ngan apa yg ko tulis.

    tp bnda nih bukan ditujukan utk semua penunggang ar. ada jer yg berhemah. cuma segelintir (atau majoriti? anda tentukan. )

    BalasPadam
  2. Betul aziz.. dah keje ni tau camne budaya kat luar neh.. Teruk betol...

    BalasPadam
  3. aku pun setuju. aku bawak muto 60kmj je sambil buat muka penuh sopan santun. masa tu 'L' lagi. bila dah dpt 'P' baru la berani naik 80kmj, itupun kat flyover je. waktu jem sanggup tggu belakang keta daripada menyelit. berhemah tak aku? (penakut sebenarnya..haha)

    BalasPadam
  4. Memang berhemah betul cik selampit yee.. ahaks.. JGN lupa Open House umah sy ujung minggu ni.. Dtg laa serentak dgn aziz.. Bru best =)

    BalasPadam
  5. aku stuju gak anip!¬ sebagai pemandu kereta yang baru saja berjinak2 dlm dunia memndu dalam jalan besar..kesengalan segelintir penunggang motosikal amat menghilangkan kesabaran ku, ader 1 hari tu dia pergi langgar nyer aku punya side mirror. dah ler keta pusaka!¬ sarima

    BalasPadam
  6. Sarima - Aih, dah beli kete kee.. ahaks, lepas ni leh laa bwk aku pi Fraser Hill plak.. heheee

    BalasPadam