Sambungan kepada Post saya sebelum perihal tentang Majlis sempena Perasmian Komplek Pas Perlis, so saya pun telah menjengoklah ke Majlis berkenaan. Klik disini utk info berkenaan majlis berkenaan.
Hari Sabtu, Tengah hari. Saya ke sana dengan harapan untuk makan tengah hari (biasalah, orang-orang bujang ni, pantang dapat makanan percuma, laju ja) Majlis berkenaan dinamakan Kenduri Rakyat sempena perkahwinan beramai-ramai yang dianjurkan pada pagi hari berkenaan. Alhamdulillah, dapatlah saya makan nasik berlaukkan gulai daging.
Pada malam harinya saya ke sana lagi, dengan harapan untuk melihat berdepan dengan wajah Presidan Pas ini, Tuan Guru Haji Hadi Awang. Namun, alangkah kecewanya saya apabila beliau tidak dapat hadir pada hari yg berkenaan. Tapi, mendengar ceramah politik dari Naib Presiden Pas, Tuan Mahfuz dan Encik Badrul Hisham Shahrim, terubat la sikit duka dihati.
Ramai jugak kehadiran malam tu, penuh dataran depan komplek tu. Berpusu-pusu orang sampaikan ade yang kene berdiri je. Sekali tengok, memang macam senario politik hari ini telah berubah yg mana ramai jugak yang menyokong pembangkang walaupun dinegeri pentadbiran parti kerajaan.
Antara isu-isu yang dibangkitkan Tuan Mahfuz, antaranya ada isu-isunya agak lawak jugak kalau didengar:
- Isu Anwar - Najib - Saiful
- Isu Najib - Altantuya (Kata Tuan Mahfuz ni, antara sebab Tuan Najib ni gelabah nak pertahankan Putrajaya sebab takut kalau Putrajaya jatuh ke tangan Pembangkang komfem beliau akan didakwa atas isu Altantuya ni)
- Isu Minyak Dunia (Ideologi yg diberikan agak bernas, sebagai sebuah negara pengeluar minyak dunia, patutnya rakyat Malaysia menikmati kemudahan hasil dari keuntungan yg kita dapat atas kenaikan harga minyak dunia. Namun apa yg jadi, harga minyak dunia naik, subsidi minyak utk rakyat pula dipotong. Sepatutnya ditambah laa.. Betoi jugak ape dia cakap ni)